BASTIEN ONN: TINDAKAN TOK PA TIDAK DAPAT DITERIMA

172
SHARES
554
VIEWS

“Beliau sepatutnya memberi contoh yang baik, apabila beliau keluar (UMNO) tidak selari dengan apa yang selama ini dididik dalam parti.

“Mengapa Tok Pa tak keluar pada masa (Datuk Seri) Najib Razak tetapi sekarang baru keluar pada masa UMNO genting?

“Saya ingatkan parti-parti yang nak ambil dia berhati-hati, adakah orang ini boleh diterima?”

Selain spekulasi beliau akan bersama Pakatan Harapan melalui Tun Daim Zainuddin yang merupakan rakan baik beliau, juga alasan kerjasama dengan PAS sebagai punca beliau meninggalkan UMNO yang turut diulas oleh Bastien.

“PAS merupakan parti dominan di Pantai Timur, apa salahnya Umno bekerjasama dengan PAS di mana semacam Umno bekerjasama dengan MyPPP dalam kerangka BN.

“Kerjasama PAS dan Umno semacam PAS masuk BN.”

Sebagai rekod, UMNO dan PAS sebelum ini berbincang untuk menjalinkan kerjasama termasuk membantu memberi sokongan antara satu sama lain dalam beberapa pilihan raya kecil.

Manakala pada 15 September lepas, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengetuai delegasi pemimpin UMNO menghadiri muktamar PAS di Kuala Terengganu dan beliau yakin jalinan kerjasama antara parti ini adalah jujur atas persefahaman demi untuk menegakkan syiar Islam.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts