KHAIRY SALAHKAN ZAHID PUNCA MUSTAPA KELUAR UMNO

380
SHARES
2.2k
VIEWS

Bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyalahkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung keputusan bekas ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mustapha Mohamed keluar daripada parti itu, melalui Twitter beliau.

Khairy yang juga bekas Ketua Pemuda UMNO berkata, kerjasama yang dihulurkan parti itu dengan PAS menyebabkan UMNO kini “kehilangan sinarnya”. Beliau yang sebelum ini dengan jelas tidak bersetuju kerjasama antara PAS dan UMNO itu turut menyindir di Twitter beliau.

Tindakan Khairy ini tidak mengejutkan kerana sebelum ini beliau bertanding untuk jawatan Presiden UMNO dan kalah kepada Zahid yang tentunya memberi kesan di hati beliau dan merasakan beliau lebih baik mentadbir UMNO sekiranya menang.

Selain itu sifat semulajadi Khairy yang terserlah selepas PRU-14, yang suka menyalahkan orang lain dalam apa jua perkara.

Ini termasuk menyalahkan Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak atas kekalahan UMNO sedangkan beliau  sendiri selaku Ketua Pemuda UMNO yang gagal menunaikan tanggungjawab membawa dan memujuk jutaan pengundi muda yang pertama kali mengundi pada PRU-14 yang lepas.

Khairy akan terus menyalahkan orang lain kerana beliau sentiasa rasa lebih baik dan bagus berbanding pemimpin UMNO lain serta masih belum dapat menerima hakikat kekalahan beliau kepada Zahid untuk jawatan nombor satu dalam UMNO.

“Saya telah bersuara dalam mengingatkan parti saya terhadap pakatan dengan PAS. Dan saya menanggung serangan dari dalam.”

“Sekarang, kita telah kehilangan sinar utama parti kita. Seorang pemimipin yang pintar dan baik. Ini semua salah kamu, Mr. Presiden.”

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts