UMNO TERKEJUT TETAPI SIAPA YANG BERSEMANGAT AKAN KEKAL – ISMAIL SABRI

544
SHARES
1.8k
VIEWS

Naib Presiden Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, ketika ditemui media nyata terkejut dengan langkah seorang lagi pemimpin UMNO, Datuk Seri Anifah Aman yang mengumumkan keluar UMNO kurang dari 24 jam selepas DatukSeri Mustapa Mohamed membuat kenyataan keluar parti.

Anifah, bekas Menteri Luar, meletakkan jawatan sebagai Ahli Majlis Tertinggi dan Ketua UMNO Bahagian Kimanis serta sebagai ahli UMNO berkuatkuasa serta-merta.

Ismail memberi reaksi positif dalam keadaan masih terkejut dengan pengumuman terkini Anifah, bagaimanapun menegaskan “anggota dan pemimpin yang mempunyai semangat” akan kekal dalam UMNO.

“Saya tak dapat maklumat lagi, tapi ahli keliru dan saya harap kepimpinan parti perlu panggil di peringkat akar umbi, beri penjelasan.”

“Ada sebab tersendiri Tok Pa (Mustapa) pun saya tidak tahu kenapa.”

“Kita tak tahu sama ada akan berlaku akan datang.”

“Ahli-ahli pasti akan kecewa dengan apa yang dilakukan (pemimpin) kawasan itu.”

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts