PUAD: KEKAL DALAM JEMAAH, PERJUANGAN

341
SHARES
2k
VIEWS

Oleh Puad Zarkashi

19 September 2018

Saya mendapat perkhabaran Anifah Aman keluar UMNO ketika dalam perjalanan untuk mendaki bukit memanah (Jabal Rummat) di gunung Uhud.

Semalam Tok Pa cabut lebih awal. Saya sudah maklumkan kepada seseorang seminggu selepas PRU 14, Anifah telah menemui PM. Setelah hampir 4 bulan, kini tujuan pertemuan itu terjawab.

Tiada keistemewaan di bukit ini berbanding solat sunat di Masjid Quba atau berdoa di dalam Raudah. Tetapi menghayati pengajaran peristiwa di bukit ini amat penting.

Iaitu jangan tamak, jangan fikirkan kemewahan, jangan engkar arahan, jangan kejar harta kekayaan dalam perjuangan, jangan keluar jamaah dan jangan tinggalkan strategi yang diputuskan.

Walaupun tentera Islam kalah tetapi Islam tetap bangkit dan tersebar. Kalah sekali bukan bermakna kalah selamanya.

Datuk On awal lagi meninggalkan kita. Tunku Abd Rahman, Tun Hussein On juga meninggalkan kita. Ku Li dan Musa Hitam juga pernah meninggalkan kita sebelum berpatah balik.

Masa Semangat 46 dulu, hampir separuh anggota Kabinet menyertai Ku Li, tetapi UMNO tidak terkubur.

Tun M dua kali meninggalkan UMNO dan UMNO hanya hilang kuasa setelah dia bergabung dengan Anwar dan DAP.

Akan terus berjuang “until to the last drop”.

(Dipetik melalui laman Facebook beliau)

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts