PERKASA IPCMC – SUARAM

355
SHARES
2.1k
VIEWS

Suara Rakyat Malaysia atau SUARAM mendesak kerajaan supaya memastikan bahawa Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah laku Polis (IPCMC) diberi kuasa pendakwaan, dengan merujuk kepada kelemahan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) yang tidak mempunyai kuasa penyiasatan dan pendakwaan yang mencukupi.

Kekurangan ini akan menjadikan IPCMC tidak berkesan, walaupun telah melakukan yang terbaik dalam kekangan tersebut, sama seperti EAIC.

“(EAIC) kekurangan sebarang kuasa undang-undang untuk memaksa polis untuk melaksanakan tindakan disiplin yang disyorkan atau untuk mengambil secara langsung tindakan jenayah dan umdang-undang terhadap anggota yang tidak bertanggungjawab.”

“Kerajaan mesti belajar daripada kesilapan ini dan memberi IPCMC kuasa yang diperlukan untuk menguatkuasakan cadangan tatatertibnya dan memulakan tindakan jenayah atau undang-undang dalam kes-kes pelanggaran serius terhadap hak asasi manusia atau penyalahgunaan kuasa.”

Kumpulan pemantau hak asasi manusia itu juga mencadangkan antaranya IPCMC dibenarkan meneliti kes kematian dalam tahanan dari EAIC untuk mengambil tindakan terhadap anggota penguatkuasaan yang menyumbang kepada kematian tahanan.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts