MAHKAMAH PERSEKUTUAN TOLAK MENJAWAB ISU LANTIKAN RAUS DAN ZULKEFLI

488
SHARES
1.6k
VIEWS

Mahkmah Persekutuan hari ini membuat keputusan untuk tidak menjawab empat persoalan undang-undang berhubung kesahan pelantikan Tun Raus Sharif sebagai Ketua Hakim Negara dan Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin sebagai Presiden Mahkamah Rayuan.

Panel tujuh hakim Mahkamah Persekutuan yang bersidang menyifatkan hal berkenaan telah menjadi akademik.

Di antara panel tersebut, Hakim Besar Malaya Tan Sri Zaharah Ibrahim tidak membuat sebarang penghakiman atas alasan beliau dilantik selepas kedua-dua Raus dan Zulkefli bersara.

Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Zainun Ali dalam penghakiman terakhir sebelum persaraan beliau pada 4 Oktober ini, menulis penghakiman sebulat suara berkata mahkamah tidak patut memutuskan hal berkenaan apabila perkara pelantikan tersebut dilihat telah menjadi akademik.

Selesai beliau menyampaikan penghakimannya, Badan Peguam Malaysia dan Pejabat Peguam Negara mengucapkan tahniah dan selamat bersara kepada Hakim Zainun.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts