TIMBALAN MENTERI, ISNARAISSAH NAFI HUBUNGAN SULIT DENGAN PEMBANTU

418
SHARES
2.5k
VIEWS

Penulis blog Raja Petra Kamarudin membuat dakwaan Timbalan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar, Isnaraissah Munirah Majilis, menjalin hubungan sulit dengan pembantunya yang telah berkahwin.

Hubungan tersebut terbongkar apabila isteri kepada pembantu Isnaraissah iaitu Noraini Limbot membuat laporan polis yang mengatakan suaminya, Mohd Norazri Fauzi Nur Azalleh telah memukulnya kerana berang apabila beliau bertanyakan mengenai hubungan sulit tersebut.

Raja Petra turut berkata polis telah menyiasat kes itu dan Isnaraissah mengakui menjalin hubungan sulit tersebut.

Bagaimanapun, dalam laporan polisnya, Isnaraissah yang juga telah berkahwin, menegaskan beliau tidak terlibat langsung dalam dakwaan berkenaan.

“Saya ingin menegaskan bahawa saya tidak terlibat sebagaimana yang diperkatakan dalam sebuah blog mengaitkan nama saya.”

“Artikel blog ini berniat jahat untuk mengaibkan dan menggugat integriti saya sebagai seorang wakil rakyat.”

Isnaraissah, yang juga Anggota Parlimen Kota Belud telah membuat laporan polis semalam mengenai tuduhan terhadapnya dan dalam laporan tersebut, Isnaraissah menegaskan beliau tidak terlibat langsung dalam dakwaan berkenaan.

“Saya membuat laporan ini untuk membersihkan nama saya dan keluarga dan agar penulis dapat disiasat,” katanya dalam laporan polis itu.

Portal Sabahkini 2 pula berkata akan mendedahkan laporan isteri pembantu Isnaraissah serta ‘print screen‘ mesej kecurangan melalui Whatsapp antara Timbalan Menteri itu dengan pegawai khasnya yang juga Timbalan Pegawai Perhubungan Parlimen Kota Belud.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts