“TAHNIAH’ SYED ALI KERANA MENINGGALKAN UMNO

416
SHARES
2.4k
VIEWS

Ketua UMNO bahagian Cheras iaitu Datuk Seri Syed Ali Syed Abbas Al-Habshee pula mengumumkan keluar parti sebentar tadi.

Beliau yang lantang mengkritik Pakatan Harapan sebelum PRU-14 menukar arah mengkritik bekas Perdana Menteri Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak apabila UMNO kehilangan kuasa di peringkat pusat.

Tindakan Syed Ali keluar parti telahpun dijangka dan tidak memberi kesan kepada UMNO kerana pemimpin seperti beliau juga tidak dialu-alukan dalam Pakatan Harapan kerana hanya bertindak keluar setelah Barisan Nasional kalah.

Tindakan pemimpin seperti Syed Ali telahpun diulas oleh YAB Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir  Mohamad yang menyindir tindakan Datuk Mustapa Mohamed dan bekas Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman yang meninggalkan UMNO setelah kekalahan parti tersebut.

Syed Ali yang juga bekas setiausaha UMNO Wilayah Persekutuan itu dilapor mengumumkan perkara itu dalam sidang media di Cheras hari ini dengan memberi alasan klise iaitu “demi menjaga survival orang Melayu di Wilayah Persekutuan”.

Ironinya, kelmarin beliau dilihat hadir dalam sambutan ulang tahun ketiga Parti Amanah Negara (AMANAH) di Temerloh.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts