PERALIHAN KUASA MAHATHIR, ANWAR LANCAR – KIT SIANG

97
SHARES
312
VIEWS

Bercakap kepada pelajar di Universiti Otago, New Zealand malam tadi, Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang menjangkakan peralihan jawatan Perdana Menteri yang lancar antara Tun Dr. Mahathir Mohamad dan penggantinya Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Walaupun dengan jelas terdapat percubaan dan pakatan untuk menarik Ahli Parlimen UMNO meninggalkan parti sama ada dengan cara ugutan ataupun tawaran oleh kedua-dua pihak namun Kit Siang memilih untuk berfikiran optimistik dalam hal ini.

Beliau dipetik berkata, pemimpin Pakatan Harapan (PH) perlu mengekalkan set minda yang positif dan berusaha untuk menyelesaikan perbezaan mereka dengan sebaik mungkin untuk membolehkan perkara ini berjalan dengan lancar.

“Jika keempat-empat parti komponen HARAPAN  dan pemimpin mereka mengekalkan set minda yang positif mahu kerajaan HARAPAN dan agenda untuk ‘Selamatkan Malaysia’ untuk berjaya, dan melakukan segala yang mungkin, untuk menyelesaikan perbezaan, konflik dan percanggahan yang timbul – saya percaya HARAPAN akan kekal di Malaysia, bukan hanya untuk satu penggal pilihan raya umum, tetapi untuk beberapa penggal pilihan raya lagi.”

“(Ini kerana) re-set dasar pembinaan negara untuk membina Malaysia baru sebagai sebuah negara bertaraf dunia dalam pelbagai bidang memerlukan usaha dan tenaga kerja rakyat Malaysia yang patriotik dalam satu dekad atau malah dua dekad.”

Menurut beliau, tiada sebarang masalah dalam rancangan PH untuk Mahathir dan Anwar masing-masing menjadi Perdana Menteri Malaysia ketujuh dan kelapan serta Tun Mahathir sendiri berulang kali mengatakan Anwar akan menggantikannya seperti perancangan PH sebelum ini.

Tambah Kit Siang, walaupun terdapat usaha UMNO untuk memecah PH, namun menurut beliau, UMNO sendiri yang ‘meletup’ terlebih dahulu, dengan merujuk kepada tindakan lima Ahli Parlimen yang telah meninggalkan UMNO setakat ini dan dipercayai lebih ramai akan menyusul selepas pilihanraya kecil Port Dickson pada 13 Oktober ini.

Selepas PRK Port Dickson yang bakal memihak kepada Anwar, yang mencerahkan peluangnya menjadi Perdana Menteri kelapan, dijangka akan berlakunya pakatan antara pemimpin PH yang ingin mendapatkan kerusi Ahli Parlimen UMNO demi untuk mengukuhkan parti masing-masing.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts