IBRAHIM ALI MERAYU AGAR PUTRA DILULUSKAN SEGERA

798
SHARES
2.6k
VIEWS

Presiden Perkasa, Dato’ Paduka Dr. Ibrahim Ali merayu Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) mempercepatkan kelulusan permohonan Parti Bumiputera Perkasa (PUTRA) yang telah dihantar pada 13 Ogos lepas.

Ibrahim merayu ROS dan Kementerian Dalam Negeri termasuk YAB Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamed agar bermurah hati dan bertimbangrasa dalam meluluskan pendaftaran parti politik baharu tersebut.

Beliau mengharapkan pimpinan kerajaan terkini yang dikenali lebih bersifat terrbuka, demokratik dan menyantuni rakyat dengan adil dapat menyegerakan proses tersebut.

Ini kerana menurut beliau, PUTRA bukanlah  sebuah parti politik yang dianggotai oleh ‘orang-orang besar’ yang tidak mampu memberi ancaman kepada mana-mana parti politik sedia ada.

Ibrahim cuma mengharapkan mereka mampu meneruskan perjuangan yang diyakini selama ini menggunakan wadah politik dan beliau juga telah meminta peguam PUTRA, Mohd Khairul Azam Bin Abdul Aziz melalui firma guamannya Tetuan Azam Aziz Shaharudinali & Co menulis surat pada Ketua Pengarah ROS untuk bertanyakan status permohonan mereka.

Menurut beliau lazimnya jika ingin menubuhkan parti pertubuhan, pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dapat membuat saringan dan semakan keselamatan agar tidak mengambil masa lama untuk diserahkan kepada pihak ROS untuk kelulusan.

Ibrahim turut merayu kepada pihak kerajaan terutamanya kepada Tun Mahathir dan Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin agar memberi peluang kepada beliau untuk memimpin ‘parti kerdil’ dalam mendokong semangat saling hormat-menghormati walaupun ada kalanya berbeza pandangan.

Beliau mahu setiap pihak sama-sama memainkan peranan untuk membangun, membina perjuangan politik negara bangsa terutamanya dalam konteks memperjuangkan Bumiputera yang berlandaskan Perlembagaan.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts