Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan menasihatkan ahli dan pemimpin UMNO agar jangan berharap akan ada pihak tertentu ‘melamar’ mereka untuk membentuk kerajaan.
Sebaliknya jika terdapat lamaran sekalipun untuk membentuk kerajaan, UMNO perlu meneliti apa yang dicadangkan bukannya hanya sebagai ‘penumpang’.
Beliau mengulas demikian dalam ucapan di Perhimpunan Agung Umno ke-72 hari ini.
“Jangan mimpi lagi akan ada orang bawa tepak sirih ajak kita buat kerajaan.”
“Kalau dia bawa tepak sirih pun kita kena tengok dulu.”
“Kalau dia nak kita jadi penumpang saja, janganlah.”
“Kita tak nak jadi second fiddle.”
Sebagai rekod, Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Khamis lalu dipetik berkata parti itu berharap dapat kembali berkuasa dengan membentuk “kerajaan perpaduan” dengan mana-mana parti dalam Pakatan Harapan.