SIA-SIA SAMAN MEREKA YANG TINGGALKAN PARTI – NAZRI

129
SHARES
416
VIEWS

Bekas Menteri Pelancongan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz yang juga Ahli Parlimen Padang Rengas mempertikai langkah UMNO menyaman Ahli Parlimen mereka yang meninggalkan parti.

Menurut pandangan Nazri selaku seorang peguam, perjanjian taat setia yang dibuat dalam parti tiada penguatkuasaan di sisi undang-undang.

“Ini adalah soal hak asasi yang dijamin Perlembagaan iaitu kebebasan berpersatuan.”

“Sekalipun ada perjanjian, ianya tidak boleh dikuatkuasakan.”

“Sia-sia saja. Saya sebegai seorang peguam tidak nampak bagaimana parti boleh saman.”

Beliau mengulas kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada Perhimpunan Agung UMNO minggu lalu, di mana tindakan saman itu untuk menuntut bayaran ganti rugi dengan kos dan menuntut wakil rakyat terbabit mengosongkan kerusi yang dimenangi mereka atas tiket UMNO.

Sebagai rekod, UMNO telah menghantar writ saman kepada wakil rakyat UMNO yang meninggalkan parti selepas PRU-14.

Nazri juga dipetik berkata, tiada negara lain yang mengambil tindakan undang-undang terhadap pemimpin mereka yang keluar parti kerana setakat ini tiada undang-undang untuk menyekat mana-mana Ahli Parlimen untuk keluar atau melompat parti.

Facebook
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts