LIMA SOALAN CALON BEBAS, STEVIE CHAN UNTUK ANWAR JAWAB

93
SHARES
299
VIEWS

Calon Bebas, Stevie Chan Keng Leong yang juga seorang personaliti media sosial, hari ini mengemukakan lima soalan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau mencabar Anwar menjawab soalan-soalan yang berkaitan Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Parlimen Port Dickson.

Menurut Stevie, persoalan tersebut amat penting kerana ramai yang ingin mengetahui keperluan diadakan PRK Port Dickson tersebut sedangkan negara baru sahaja melalui PRU-14 pada Mei lalu.

Lima persoalan yang ditujukan kepada Anwar adalah seperti berikut:

  • Mengapa tidak bertanding di kerusi Parlimen Pandan yang disandang oleh isterinya, Dr Wan Azizah Wan Ismail atau kerusi Parlimen Permatang Pauh yang diduduki oleh anaknya, Nurul Izzah?
  • Mengapa ingin masuk semula ke Parlimen melalui PRK?
  • Mengapa memilih ‘Langkah PD’?
  • Adakah boleh menerima wakil rakyat yang meletak jawatan tanpa alasan kukuh?
  • Adakah kekal bertanding di Parlimen Port Dickson pada pilihan raya seterusnya sekiranya menang kali ini?

Stevie membiarkan Anwar memilih sama ada menjawab persoalan tersebut secara terbuka di media atau bersedia berdebat dengannya.

Selain Stevie dan Anwar, persaingan merebut kerusi Parlimen Port Dickson ini menyaksikan pertandingan tujuh penjuru yang turut melibatkan calon PAS, Leftenan Kolonel (B) Mohd Nazri Mokhtar.

Selain mereka bertiga, empat lagi calon yang akan bertanding pada 13 Oktober ini ialah calon Bebas iaitu bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Samad, Lau Seck Yen dan Kan Chee Yuen termasuklah bekas pembantu peribadi Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan,

Facebook
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts