“Kebanyakan projek ber­kenaan adalah di luar kawasan bandar dan ia adalah projek keperluan masyarakat setempat seperti masjid, dewan dan jalan raya.”

Selain itu, terdapat juga tuntutan pembayaran projek berjumlah kira-kira RM8 juta masih belum dilunaskan kerana pihak kerajaan menghentikan dana.

“Sekiranya jumlah ini tidak dibayar kepada pihak kontraktor bumiputera ini, maka lebih kurang 400 syarikat kontraktor akan muflis.”

“Bukan sekadar itu, kehidupan harian mereka turut terjejas.”

“Pas menuntut pihak kerajaan khususnya Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, Kementerian Kewa­ngan dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) untuk tampil memberi penjelasan berhubung isu ini.”