MAHATHIR AKUI TIDAK PERNAH MINTA MAAF KEPADA ANWAR

80
SHARES
257
VIEWS

Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Moha­mad mengakui bahawa beliau tidak pernah memohon maaf secara rasmi kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam satu wawancara khas bersama media antarabangsa, BBC, hari ini.

Beliau menjelaskan, pihak lain yang membuat pelbagai andaian terhadapnya kerana mahu beliau meminta maaf kerana tindakannya memecat dan memenjarakan pada tahun 1998.

“Tapi saya tidak pernah buat sebarang permohonan maaf secara formal kepada beliau,” katanya dalam temu bual tersebut.”

Tun Mahathir dipetik berkata demikian apabila wartawan BBC yang juga hos wawancara tersebut, Zeinab Badawi membacakan semula kenyataan Anwar;

“Dr. Mahathir memberitahunya beliau membuat kesilapan dan beliau mahukan peluang untuk membetulkannya.”

Dalam wawancara tersebut Tun Mahathir turut malahirkan rasa kesal apabila Anwar dipenjarakan dan memberi alasan beliau tidak patut dipersalahkan kerana ia merupakan keputusan mahkamah.

“Saya menyesal beliau ke penjara tapi saya tak boleh dipersalahkan kerana keputusan itu dibuat oleh mahkamah, bukan dibuat oleh saya.”

Next Post

Welcome Back!

Login to your account below

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.