SULTAN IBRAHIM DUKACITA FITNAH TERHADAP KELUARGA DIRAJA JOHOR

519
SHARES
1.7k
VIEWS

Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berdukacita dengan tindakan segelintir pihak yang sengaja melemparkan fitnah terhadap keluarga diraja Johor berhubung pengambilan tanah sebuah sekolah agama swasta di Johor Bharu.

Baginda bertitah mengenai fitnah yang mendakwa keluarga Di-Raja Johor mengambil tanah sebuah sekolah agama swasta di Johor Bahru.

Baginda turut kesal perkara tersebut sengaja disebarkan dalam media sosial tanpa menyemak kesahihan berita tersebut dengan pihak istana atau kerajaan.

“Jangan senang sangat membuat apa-apa atau sebarang kenyataan tanpa merujuk terhadap mereka yang berkaitan (officials) atau kerajaan dahulu.”

Demikian yang dititahkan Baginda kepada Royal Press Office (RPO) seperti tercatat dalam laman Facebook rasmi Baginda itu, malam tadi.

Turut dimuatnaik dalam catatan Facebook tersebut, satu kenyataan mengenai status tapak tanah sekolah tersebut.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts