NAJIB GUNA KUASA UNTUK CURI WANG, KINI KAMI CUKUP BUKTI – MAHATHIR

346
SHARES
2k
VIEWS

Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamed menuduh bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menggunakan kuasanya untuk mencuri wang negara, dalam program Hardtalk BBC semasa wawancara di London.

“Sistem itu mungkin sama tetapi pemimpin itu berbeza, sistem berkenaan digunakan oleh lima Perdana Menteri sebelum ini dan tiada pertuduhan rasuah berskala itu terhadap semua empat pemimpin tersebut.”

“Tetapi sistem itu disalah gunakan.”

“Apa yang dilakukannya ialah menggunakan kuasa untuk mencuri wang.”

Tun Mahathir menerangkan perkata tersebut kepada Zeinab Badawi, wartawan BBC yang juga hos program tersebut dan beliau dipetik berkata, terserah pada mahkamah untuk memutuskan pertuduhan terhadap Najib.

Sebagai rekod, Najib kini berdepan 21 pertuduhan melibatkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram membabitkan lebih RM4.3 bilion.

Empat pertuduhan rasuah berjumlah RM2.3 bilion melibatkan dana daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya, dengan pengetahuan Bank Negara yang tidak membuat bantahan ataupun inkuiri ketika perkara tersebut berlaku.

Pada Ogos lepas, Najib menghadapi empat pertuduhan berkaitan salahguna kuasa dan melibatkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram dan beliau mengaku tidak bersalah terhadap kesemua pertuduhan tersebut.

Tun Mahathir juga berkata kini mereka mempunyai cukup bukti untuk menyabitkan Najib di atas semua pertuduhan yang dikenakan ke atasnya sebelum ini.

“Kini cukup bagi kami mengenakan pertuduhan terhadap beliau dan terpulang kepada mahkamah menentukan sama ada bukti kami betul atau penafiannya betul.”

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts