PUAD: POSTING NAJIB MERESAHKAN MAHATHIR

115
SHARES
370
VIEWS

POSTING NAJIB MERESAHKAN MAHATHIR

Mohd Puad Zarkashi
4 Oktober 2018

Mungkinkah pertuduhan terhadap Najib akan ditambah lagi. Tambahlah hingga 100 pertuduhan, rakyat sekarang lebih berminat dengan Mahkamah media bukannya Mahkamah sebenar.

Sebab itu pihak pendakwaraya tidak suka dengan tindakan Najib yang aktif menggunakan media sosial untuk menjawab dan memberi penjelasan terhadap berbagai tuduhan dan isu terhadapnya.

Nampak rejim Mahathir termasuk SPRM, PDRM dan Menteri-Menteri amat tertekan dengan pelbagai posting Najib. Jawapan Najib berfakta, bidasan beliau tepat dan tajam. Bahasa yang digunakan juga ringkas dan mudah difahami.

Antara individu yang paling tertekan dengan Facebook dan Tweeter Najib ialah Lim Guan Eng. Lim Guan Eng cuba menggunakan Parlimen untuk membuat berbagai pendedahan dan tuduhan. Tetapi apabila dijawab segera secara berfakta oleh Najib dia langsung tidak dapat menjawab balik.

Sebab itu puluhan dan mungkin ratusan pertuduhan tambahan adalah tindak balas terhadap Najib yang berterusan menggunakan media sosial. Posting Najib menjadi rujukan kepada rakyat. Posting tersebut menjadikan Mahathir bertambah marah “shock and awe” terkejut dan terpegun” kerana di-“share” dan di “viralkan” secara meluas.

Tahniah Najib.

Facebook
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts