DOKUMEN CACAMARBA – SHAFEE

346
SHARES
2k
VIEWS

Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah menyuarakan rasa tidak puas hatinya selepas prosiding di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berakhir di sini, hari ini.

Peguam bela kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak dalam kes 1MDB itu membangkitkan isu sebahagian daripada kandungan dokumen yang diserahkan kepadanya dalam bentuk cakera padat, tidak boleh dibaca.

Menurutnya serahan dokumen kepada pihak peguam bela dalam bentuk CD itu adalah yang pertama dalam sejarah mahkamah di Malaysia, dipetik berucap kepada pihak media di depan pintu masuk Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.

“Kira-kira satu per tiga daripada dokumen di dalam CD tak boleh dibaca.”

“Lebih memburukkan keadaan, dokumen di dalam CD bukanlah keseluruhan dokumen.”

“Kami tak tahu mana kepala mana ekor, tiada indeks.”

“Adakah semasa perbicaraan nanti, saya perlu buka laptop (komputer riba) dan mencari fail untuk merujuk dokumen? Ia akan menyusahkan dan meyakitkan hati semua pihak.””Kalau ini boleh terjadi kepada seorang VIP (orang kenamaan), pasti ia boleh terjadi kepada anda, anak anda, cucu-cicit anda.”

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts