Bekas Timbalan Perdana Menteri yang dipecat pada tahun 1998 kerana kesalahan meliwat itu berkata, Felda, Mara serta Tabung Haji hampir musnah ketika Barisan Nasional berkuasa.

Beliau memberikan contoh iaitu Mara yang tidak lagi berfungsi membantu Bumiputera dan Tabung Haji juga disifatkan oleh beliau diwujudkan bagi memudah umat Islam menunaikan haji namun kini  dipergunakan dan diselewengkan, tanpa memperincikan penyelewengan tersebut.

Tambah beliau ketika berucap melancarkan e-Tuition khusus dibangunkan untuk pelajar Port Dickson oleh The Star, beliau dipetik berkata, ini menunjukkan sistem pendidikan dan dakwah semua agama gagal serta perlu diteliti semula.

Anwar juga memberikan komitmen akan membantu Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk memperbaiki pentadbiran dan sistem negara yang telah rosak teruk sekiranya menang di pilihan raya kecil Port Dickson kelak.

Jika kalah, beliau berkemungkinan akan pencen sebagai ahli politik dan menumpukan perhatian sepenuhnya kepada keluarga bagi meringankan beban isteri beliau, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang ketika ini bertugas sebagai Timbalan Perdana Menteri.