IBRAHIM ALI GESA PEMBUNUHAN BERPROFIL TINGGI DISIASAT SEMULA

169
SHARES
544
VIEWS

Presiden PERKASA, Datuk Paduka Dr. Ibrahim Ali menggesa pihak kerajaan membuka kes pembunuhan berprofil tinggi yang mengaitkan dengan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Beliau mengulas gesaan Najib agar kes pembunuhan Teoh Beng Hock, Kevin Morais, Altantuya Shariibu dan Hussain Ahmad Najadi disiasat semula bagi membersihkan namanya yang difitnah oleh pembangkang sejak lebih 10 tahun lepas.

Ibrahim membuat gesaan tersebut kerana bekas pemimpin negara telah dikaitkan dengan kes berprofil tinggi tersebut dan Najib sepatutnya diberi keadilan yang sewajarnya dan dibersihkan namanya sekiranya tidak bersalah.

Sebelum itu, Najib membuat gesaan tersebut dan mencabar Lim Kit Siang untuk memujuk Perdana Menteri menyiasat kembali kes pembunuhan yang dikaitkan dengannya sejak sekian lama namun Kit Siang hanya pandai berdolak-dalik.

“Ini tuduhan sangat berat, sebelum Pilihanraya Umum ke-14 dan sehingga kini masih ada yang mengaitkan kejadian tersebut dengan Najib.”

“Najib berhak mendapat keadilan, siasatan perlu diteruskan dan sekiranya beliau tidak bersalah, keluarkan kenyataan untuk membersihkan namanya.”

Ibrahim juga dipetik berkata, rakyat juga berhak mengetahui perkara yang sebenar mengenai kes pembunuhan tersebut dan dalangnya perlu dibawa ke muka pengadilan.

Menurut Ibrahim, kes tersebut juga sudah sangat lama diperkatakan dan keadilan perlu ditegakkan buat keluarga mangsa termasuk Najib sendiri.

Beliau juga menyokong sekiranya jawatankuasa khas dibentuk dan mencadangkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) ditubuhkan untuk melancarkan siasatan dan menggesa agar perbicaraan dibuat secara terbuka.

Ibrahim turut menawarkan diri secara sukarela bagi menganggotai jawatankuasa RCI tersebut tanpa sebarang bayaran demi untuk menegakkan keadilan buat semua pihak.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts