PENTINGNYA HUBUNGAN BAIK DAN DIPLOMASI DENGAN CHINA

366
SHARES
2.2k
VIEWS

Permainan politik fitnah sebelum dan selepas PRU-14 yang beri kesan buruk kepada ekonomi

Antara permainan politik terbesar sebelum PRU-14 terhadap saya ialah isu hubungan dan pelaburan China dengan Malaysia semasa saya menjadi Perdana Menteri.

Permainan dan kritikan ini diteruskan selepas PRU-14 dan ini akan memberi impak negatif yang besar terhadap ekonomi kita.

Pelancong dari China turun mendadak

Media hari ini melaporkan bahawa jumlah pelancong dari China ke Malaysia jatuh sebanyak 35 peratus baru-baru ini – iaitu pertama kali di dalam sejarah ini telah berlaku.

Sebelum ini, jumlah pelancong dari China semakin naik setiap tahun. Negara China merupakan sumber pelancong antara terbesar untuk Malaysia.

Malangnya, jumlah ini telah turun dengan banyak sehingga ada penjual durian Musang King dilaporkan sedang mengalami kerugian.

Bukan durian dan pelancong sahaja, harga dan jumlah eksport minyak sawit pun telah jatuh teruk selepas PRU14.

Hubungan diplomatik yang baik adalah sangat mustahak

Sektor pelancongan negara ialah antara sektor terbesar di Malaysia dan merupakan13.7 peratus (RM168 bilion) dari seluruh ekonomi Malaysia pada tahun 2016.

Sebanyak 1.73 juta pekerjaan di Malaysia disumbang secara terus atau tidak terus oleh sektor ini.

Saya harap situasi kejatuhan teruk jumlah pelancong dari China ini dapat diperbetulkan secepat mungkin kerana berjuta rakyat begantung kepada sektor ini untuk sumber pendapatan mereka.

https://www.thestar.com.my/…/china-tourist-arrivals-plunge…/

(Dipetik dari laman Facebook Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak)

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts