PUAD: WAJARKAH ZAHID AMBIL CUTI?

360
SHARES
2.1k
VIEWS

WAJARKAH ZAHID AMBIL CUTI?

Oleh Mohd Puad Zarkashi
19 Oktober 2018

Saya bersetuju dengan kenyataan Timbalan Presiden UMNO, mungkin DS Zahid perlu mengambil cuti sementara untuk memberi ruang kepada beliau membersihkan dirinya daripada kezaliman “pendakwaan berpilih” regim Mahathir-DAP. Cuti sementara bermaksud Zahid akan kembali ke jawatan Presiden setelah kes beliau selesai nanti. Klik https://m.malaysiakini.com/news/448000 (kenyataan Timbalan Presiden UMNO).

Tidak sampai beberapa jam Zahid didakwa, Syarikat Datasonic Group Bhd telah membuat penafian kepada Bursa Saham bahawa mereka ada membuat pembayaran kepada Zahid sebanyak RM6 juta.

Datasonic juga memaklumkan tender pembekalan 12.5 juta cip pasport diperolehi melalui tender terbuka. Sudah tentu Datasonic tahu implikasi buruk jika mereka berbohong kepada Bursa Saham. Ini contoh pendakwaan berpilih untuk memalukan Zahid dan UMNO.

Justeru dengan mengambil cuti sementara ia memberi masa yang secukupnya kepada beliau fokus kepada perang perundangan dan fitnah. Dalam masa sama agenda hala tuju dan tawaran baru parti dapat diteruskan oleh DS Mohammad Bin Hassan.

Tindakan mengambil cuti sementara akan membuktikan, beliau dan UMNO lebih bermaruah apabila berhadapan dengan tindakan mahkamah. Lagipun lebih mudah beliau menjawab pertanyaan media jika tidak memegang jawatan parti buat sementara waktu.

Ini memberi tamparan kepada pihak Pakatan Harapan di mana pemimpinnya seperti Lim Guan Eng terus memegang jawatan bahkan bertanding dalam pilihanraya ke 14 walaupun berhadapan dengan pendakwaan kes rasuah. Lebih mengejutkan beliau dilantik sebagai Menteri Kewangan oleh Tun Mahathir. Pokoknya pemimpin UMNO tetap gentleman.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts