ZAHID TOLAK IKAT JAMIN

351
SHARES
2.1k
VIEWS

Datin Seri Hamidah Khamis, isteri kepada bekas Timbalan Perdana Menteri,  Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, memberitahu kepada pihak media bahawa Zahid menolak cadangan peguamnya bagi membuat permohonan ikat jamin, agar tidak ditahan di lokap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) petang ini.

Beliau juga meminta agar masyarakat seluruhnya mendoakan Presiden UMNO tersebut yang sebelum ini juga pernah ditahan selama 10 hari di bawah ISA.

“Dulu, masa dia (Ketua) Pemuda UMNO dia ditahan 10 hari (di bawah ISA),.. jangan bimbang, doakan untuknya,” kata Hamidah.

Beliau akan menghadapi beberapa pertuduhan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Zahid akan dibawa ke Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur pada hari esok, jam 8.00 pagi untuk menghadapi pertuduhan tersebut.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts