AKTA HASUTAN TIDAK BOLEH DIMANSUHKAN OLEH KERAJAAN

530
SHARES
1.7k
VIEWS

Program Tergempar Kekalkan Akta Hasutan anjuran Biro Undang-Undang & Perlembagaan Negara PERKASA Malaysia yang diadakan di Menara Arena Uniti, Kampung Baru hari ini menjelaskan bahawa Akta Hasutan 1948 tidak boleh dimansuhkan oleh pihak kerajaan di Parlimen melainkan ia mendapat perkenan daripada Majlis Raja-Raja.

Perkara ini dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan dan sebarang pindaan juga perlu mendapat persetujuan dan perkenan dari Raja-Raja Melayu. Walaupun akta ini hendak dibawa ke Parlimen untuk dibentangkan juga memerlukan persetujuan daripada Majlis Raja-Raja terlebih dahulu.

Perkara ini dijelaskan oleh bekas Pengerusi MAS yang juga pakar undang-undang, Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman, yang membabitkan Perkara 10 (4) Perlembagaan Persekutuan yang menjamin beberapa isu sensitif yang tidak boleh dipinda kecuali dengan persetujuan Majlis Raja-Raja.

“Di situ ada klausa 10 (4) dan 3 dan 4 yang kita kata tidak boleh menyoalkan perkara yang sensitif di mana ia tidak boleh dipinda.”

“Saya terkejut bila usaha mansuhkan akta ini timbul kali kedua.”

Abdul Aziz juga menjelaskan perkara ini juga pernah berlaku ketika kerajaan Barisan Nasional di mana Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak ada membuat kenyataan berkaitan Akta Hasutan dan beliau terus membawa perkara tersebut kepada Majlis Raja-Raja.

“Majlis Raja-Raja pula memberi penjelasan. Ketika itu saya dan Tun Hanif menghadap Majlis Raja-Raja dan memberi penjelasan dan Datuk Seri Najib, Tan Sri Ghani Patail dan Ketua Polis Negara ada di situ.”

“Saya beri penjelasan tentang undang-undang dan Majlis Raja-Raja telah membuat keputusan minta jangan batal itu (Akta Hasutan).”

Selain itu, beliau turut menjelaskan walaupun pihak kerajaan mendapat dua pertiga undi daripada ahli-ahli Dewan Rakyat, perkara ini tetap hanya boleh dipinda atau dimansuhkan dengan perkenan Majlis Raja-Raja dan Yang di-Pertuan Agong.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts