PUAD: MENTERI “HALF PAST SIX”

346
SHARES
2k
VIEWS

MENTERI HALF PAST SIX

Oleh Mohd Puad Zarkashi

21 Oktober 2018

Kalau mengikut kamus “Double-Tongued Word Wrestler Dictionary”, half past six bermaksud buruk, tidak berkualiti, cuai dan tidak terurus. Ini dikaitkan dengan jam dinding. Apabila sampai waktu jam enam setengah pagi atau petang, kedua-dua jarum jam akan bersama menunjuk tepat ke bawah. Umpama dua Ibu jari yang ditunjukkan ke bawah (thumb down atau tidak bagus).

Tun Mahathir tuduh menteri-menteri zaman Najib adalah half past six. Tetapi rupanya Menteri zaman Malaysia Baru sebenarnya yang half past six. Ini diakui sendiri oleh Tun Mahathir yang mengatakan dia kecewa dengan prestasi menteri di bawah kabinet beliau.

Apa tidaknya Syed Saddiq viral gambar dia tidak berbaju mandi dalam bathtub. Dr. Maszlee tidak habis -habis dengan isu warna kasut dan stokin. Lim Guan Eng pula nak letak tanda titik pada angkapun tidak tahu. Manakala Menteri KKLW, Rina Harun kata “I can work better now” setelah dianugerahkan pingat Datuk Seri. Baru Bian pula angkuh bila mengatakan terpulang jika rakyat mahu bermimpi tol akan dihapuskan.

Sebab itu saya tertarik dengan komen Datuk A. Kadir Jasin dalam posting terbarunya (20 Oktober 2018). Dia mencadangkan supaya menteri-menteri Kabinet termasuk Menteri Besar, Ketua Menteri dan wakil rakyatnya disekolahkan semula. Cadangan ini mengesahkan, menteri-menteri Pakatan Harapan (PH) adalah half past six. Dia mahu minda mereka diubah daripada minda pembangkang kepada minda pemerintah dan daripada bercakap kosong kepada mengisi kekosongan.

Kadir Jasin adalah penasihat media kepada Tun Mahathir. Sudah tentu dia menulis atas pengetahuan beliau. Itu bermakna Tun Mahathir fed up dengan gelagat Menteri kabinet beliau. Tetapi dia tidak berani menegur keras kerana perlantikan mereka dibuat atas perkiraan politik.

Sebenarnya Tun Mahathir yang patut dipersalahkan kerana bertanggungjawab melantik mereka termasuk melantik Lim Guan Eng yang ada kes pendakwaan rasuah ketika itu. Maka adakah Kadir Jasin mahu menyalahkan Mahathir juga?

Menurut Kadir Jasin akhirnya ancaman sabotaj kepada Kerajaan PH datangnya dari dalam termasuk oleh menteri kabinetnya sendiri yang didakwa oleh Kadir sebagai tamak, jahil dan tidak fokus.

Sebab itu Kadir Jasin menyelar tindakan lima orang menteri yang terlalu awal menerima pingat Datuk Seri. Justeru beliau mencadangkan dibuat satu peraturan yang melarang Menteri Pusat, Menteri Negeri, Exco, Ahli Parlimen dan ADUN menerima pingat ketika masih dalam perkhidmatan. Kadir Jasin menyifatkan tindakan menteri-menteri itu sebagai ‘keamaturan’ (amateur) pemikiran mereka.

Kenapa Kadir Jasin mencadangkan mereka disekolahkan? Menurutnya dia bernasib baik kerana dia pernah menjadi peserta Kem Bina Semangat di Negeri Sembilan. Menurut beliau program itu baik dan patut dikekalkan.

Mungkin Kadir Jasin lupa Biro Tata Negara (BTN) telah dimansuhkan. Maka pertanyaan saya, adakah Kadir merasakan dia juga adalah “half past six”?

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts