SAIFUL BAHAR: MASZLEE MALIK KATA

128
SHARES
414
VIEWS

MASZLEE MALIK KATA

Oleh Datuk Saiful Bahar Mohd. Arshad

21 Oktober 2018

Tahun depan pelajar-pelajar sekolah akan mula belajar berenang. Kalau sekolah tak ada swimming pool, boleh guna swimming pool awam.

Ini bertujuan untuk menjaga keselamatan pelajar-pelajar daripada kes lemas.

2. Selepas selesaikan isu kasut hitam dan stokin warna apa.

MASZLEE KATA:

Kementerian sedang membuat kajian mengenai berat beg sekolah pelajar-pelajar. Keputusan kajian akan dapat dikenal pasti tahun hadapan.

ULASAN

Menteri Pendidikan Pakatan Harapan ini berada di landasan yang betul bagi memastikan kecemerlangan pelajar-pelajar sekolah dengan memastikan 4 perkara:

1. Kasut hitam mula diguna pakai mulai tahun 2021.

2. Kajian warna stokin yang sesuai dipakai dengan kasut hitam akan dikenal pasti dalam waktu terdekat setelah perbincangan dilakukan secara menyeluruh di antara guru, ibu bapa dan pihak-pihak berkepentingan.

3. Isu beg sekolah berat juga hampir selesai setelah kajian menyeluruh dilakukan. Kajian ini akan dilapor kepada menteri pada tahun hadapan 2019.

4. Pelajar-pelajar akan mula belajar berenang bagi mengelakkan sebarang tragedi lemas sekiranya pelajar bercuti dan berenang di sungai atau laut.

5. SISTEM PENDIDIKAN YG LEBIH BAIK – Masih dalam kajian Majlis Penasihat Menteri.

6. Hebat Menteri Pendidikan ini. Kecemelangan akademik pelajar-pelajar sekolah bermula dari kasut hitam. Selepas itu, stokin warna apa dan selepas itu berapa berat beg sekolah, baru kajian pencapaian akademik.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts