PEMBUNUHAN KHASHOGGI: BERLIN BAKAL HENTI EKSPORT SENJATA KE ARAB SAUDI

83
SHARES
267
VIEWS

Mustahil bagi Jerman untuk meneruskan eksport senjata ke Arab Saudi selepas berlaku satu peristiwa mengejutkan yang melibatkan wartawan Washington Post, Jamal Khashoggi yang terbunuh dalam Konsulat Arab Saudi ketika disoal-siasat.

Kenyataan tersebut dikeluarkan oleh Canselor Jerman, Angela Merkel yang menegaskan bahawa Jerman mengutuk pembunuhan Jamal dan menyeru penyiasatan menyeluruh terhadap kejadian tersebut serta sedang menimbangkan tindakan yang akan diambil.

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump sebelum ini turut dipetik berkata akan menimbangkan beberapa langkah termasuk sekatan terhadap Arab Saudi namun tetap meneruskan perdagangan senjata di antara dua negara tersebut.

Awal minggu ini, Menteri Luar Jerman, Heiko Maas berkata tidak ada asas untuk meneruskan penjualan senjata ke Arab Saudi selagi kita tidak tahu apa yang berlaku.

Jerman menyertai Perancis dan United Kingdom dalam satu siasatan yang boleh dipercayai mengenai kehilangan dan kematian wartawan yang kerap mengkritik dasar dan polisi negara kelahirannya, Arab Saudi. Beliau kali terakhir dilihat memasuki Konsulat Arab Saudi di Istanbul pada 2 Oktober lepas.

Selepas satu siasatan dalaman yang dilakukan Riyadh secara terbuka mengaku bahawa Jamal terbunuh dalam konsulat mereka di mana para pegawai yang terlibat menggambarkan kejadian tersebut sebagai “perbincangan yang berakhir dengan perkara yang tidak dingini”.

Riyadh turut mendakwa telah menahan 18 pegawai yang terlibat termasuk beberapa pegawai risikan dan turut memecat Timbalan Ketua Perisikan, Ahmed Al-Asiri dan Saud Al-Qahtani, penasihat Mahkamah Agung Arab Saudi, dengan serta-merta.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts