TUN M MENDESAK KERANA TERDESAK
Oleh Mohd Puad Zarkashi
23 Oktober 2018
Tun Mahathir semalam sekali lagi mendesak supaya ahli UMNO bubarkan parti dan menyertai PPBM. Kononnya UMNO telah rosak dan semua peringkat pimpinan UMNO adalah korup.
Sebenarnya Tun M mendesak kerana beliau terdesak. PPBM tidak cukup orang untuk gerakkan atau wujudkan Bahagian dan Cawangan. Buktinya hingga sekarang tidak berbunyipun Bahagian dan Cawangan PPBM sedang bersidang. Maka Bahagian dan Cawangan UMNO yang terbubar itu secara automatik akan menjadi Bahagian dan Cawangan PPBM.
Kalau saya, UMNO boleh pertimbangkan “permintaan terdesak” Tun M itu hanya dalam bentuk kerjasama itupun dengan berbagai syarat.
Antaranya, tunaikan dulu janji 100 Hari Kerajaan PH. Tidak pasal-pasal nanti imej UMNO akan tercalar kerana Kerajaan PH adalah kerajaan munafik yang tidak menunaikan janji sampai pemandu teksi mahu berdemonstrasi tutup jalan di KL. Jangan nanti kerana nila setitik rosak susu sebelanga. UMNO pula yang tumpang malu.
Begitulah terdesaknya Tun M kerana dalam keadaan partinya yang lemah (13 kerusi) dia bimbang tidak boleh kekal sebagai Perdana Menteri sebelum Mukriz naik.