BARU 5 BULAN MEMERINTAH NEGARA MALAYSIA…

102
SHARES
329
VIEWS

BARU 5 BULAN MEMERINTAH NEGARA MALAYSIA

Menteri-Menteri Pakatan Harapan berduyun-duyun ke Melaka untuk mengambil Darjah Kebesaran Negeri Melaka yang membawa gelaran DATUK SERI. Tak payah ambil Datukship, terus ambil Datuk Seri.

PENGORBANAN DAN JASA
Bintang Darjah Datuk Seri dianugerahkan kepada Menteri-Menteri Kerajaan Pakatan Harapan di atas jasa yang melimpah ruah kepada negara dan negeri Melaka selama 5 bulan ini.

KAJIAN DEMI KAJIAN
Jawapan-jawapan Menteri Pakatan Harapan di Parlimen, yang sering mengutarakan jawapan bahawa “perkara/isu ini masih lagi dalam kajian kerajaan Pakatan”, menarik minat Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Datuk Seri Utama Dr. Mohd Khalil bin Yaakob untuk mengurniakan mereka Darjah Kebesaran Negeri.

SUNGGUH HEBAT
Ketika Perdana Menteri mengutarakan pandangan bahawa ahli-ahli Jemaah Menteri Pakatan Harapan tidak perform dengan baik. Hanya 40 hingga 50% sahaja markah yang diberi, Menteri-Menteri Pakatan Harapan berduyun-duyun memberi diri mereka sendiri 5 bintang atau “5 STAR RATING” dan secara automatik layak menerima Darjah Kebesaran Negeri Melaka.

PERBEZAAN DENGAN YDP AGONG
YDP Agong kelihatan mempunyai pandangan yang berbeza dengan tidak mengurniakan sebarang bintang di Hari Keputeraan Tuanku.

SEKADAR PANDANGAN

Oleh DSBA
24 Oktober 2018

(Dihantar melalui Whatsapp)

Facebook
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts