TAMRIN SERANG TMJ, JAYA AGENDA DAP UNTUK HAPUS SISTEM RAJA BERPERLEMBAGAAN, WUJUD NEGARA REPUBLIK

200
SHARES
645
VIEWS

‎TMJ DISERANG TAMRIN GHAFAR BAGI MENJAYAKAN AGENDA DAP UNTUK MENGHAPUSKAN SISTEM RAJA BERPERLEMBAGAAN DAN MENJADIKAN MALAYSIA SEBUAH REPUBLIK

Oleh Lokman Noor Adam

26hb Oktober, 2018

Pemantau Malaysia Baru mengecam sekeras-kerasnya tindakan rejim Mahathir-DAP yang membiarkan individu-individu tertentu yang rapat dengan pemerintah zalim negara ini untuk terus melakukan serangan ke atas institusi DiRaja negara ini.

Di awal pemerintahan kerajaan bobrok Pakatan Penipu yang gagal menunaikan janji kepada rakyat ini, iaitu sekitar Mei 2018 lalu, Kadir Jasin dan Hishammuddin Rais telah diutus untuk memfitnah DYMM SPB YDP Agong.

Laporan polis dibuat tetapi tiada tindakan

Walaupun, laporan polis telah kami buat ke atas mereka berdua, tiada sebarang tindakan undang-undang diambil kepada mereka yang jelas telah memfitnah dan menghasut rakyat untuk membenci Institusi DiRaja yang menjadi payung dan pelindung agama Islam serta rakyat berbilang kaum negara ini.

Sejak kekebalan yang diberikan kepada dua individu ini dan kenaikan pangkat Kadir Jasin yang dinaikkan darjat sebagai Ketua Unit Media Pejabat Perdana Menteri, budaya menyemarakkan kebencian terhadap Institusi DiRaja ini telah diteruskan oleh beberapa juak DAP yang lain sehingga memaksa Pemantau Malaysia Baru membuat satu lagi laporan polis terhadap dua individu di atas berserta Tamrin Ghafar sejurus selepas Hari Keputeraan DYMM SPB YDP Agong yang lalu.

Tamrin membawa agenda DAP untuk hapuskan sistem Raja Berpelembagaan

Tun Mahathir tunduk kepada DAP

Seperti biasa, walaupun pihak PDRM telahpun membuka kertas siasatan, akibat daripada tindakan Tun Mahathir yang telah tunduk dengan kehendak DAP, melantik Peguam Ketua Komunis Malaya sebagai Peguam Negara, kertas siasatan pihak PDRM telah sekali lagi dibakul-sampahkan.

Semalam, sekali lagi fitnah Tun Mahathir ke atas Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor yang menjadi mangsa fitnah kononnya telah membunuh adik Prebet Adam yang dikatakan merupakan seorang “caddy golf”, telah diulangi sekali lagi.

Giliran TMJ menjadi mangsa fitnah

Kali ini, mangsa khadam Mahathir merupakan cucu kesayangan Almarhum Sultan Iskandar, iaitu Tengku Mahkota Johor, Tengku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, iaitu seorang Putera Raja berjiwa rakyat yang cukup lantang membela nasib rakyat dengan mengkritik kepimpinan Barisan Nasional dulu dan Pakatan Harapan kini.

Semalam, TMJ telah difitnah berhubung satu pergaduhan yang kononnya melibatkan TMJ dengan seorang lagi kerabat bernama Tengku Nadzimuddin Tengku Mudzaffar sekitar tahun 2008, iaitu ketika pemerintahan Tun Abdullah Badawi.

Cubaan Tamrin hasut rakyat benci Institusi DiRaja

Tamrin telah melabel tindakan pihak PDRM di bawah kepimpinan Tan Sri Musa Hassan ketika itu yang kononnya telah menutup insiden tersebut sebagai “Menutup Gajah Dengan Nyiru”. Persoalannya, apa perlu diungkit peristiwa 10 tahun lalu untuk menghasut rakyat membenci Institusi DiRaja, sedangkan insiden pendakwaan terpilih kini jauh lebih parah di bawah rejim Mahathir, iaitu manusia yang telah mengkhianati ayahanda beliau Tun Ghafar Baba pada tahun 1993.

Jika retina Tamrin, hanya mampu melihat pendakwaan terpilih yang dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional, izinkan saya senaraikan satu dua insiden yang jelas menunjukkan pendakwaan terpilih dalam tempoh 5 bulan negara ini dirosakkan oleh Pakatan Penipu;

Pemimpin PH dibebaskan selepas Pakatan memerintah

1. Sehari sebelum Tommy Thomas dilantik sebagai Peguam Negara, hukuman 18 bulan penjara yang dijatuhkan ke atas Rafizi Ramli telah ditukar kepada hanya perlu berkelakuan baik dengan bon jaminan sebanyak RM10,000 sahaja. Ada Tamrin dengar Jabatan Peguam Negara melakukan sebarang rayuan?

2. Kes Akta Komunikasi & Multimedia dan Kes Akta Hasutan yang dihadapi oleh Sivarasa Rasiah, kedua-duanya digugurkan sebaik Pakatan memerintah.

3. Kes yang dihadapi oleh Eric Paulsen di bawah Akta Hasutan juga digugurkan.

4. Kes yang kamu sendiri hadapi telah dilepaskan selepas BN ditumbangkan oleh fitnah ke atas 1MDB dan GST.

5. Lebih parah lagi, Lim Guan Eng yang berhadapan dengan pertuduhan rasuah kerana telah membeli banglo mewah daripada Phang Li Khoon yang mempunyai urus niaga dengan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dengan harga hanya RM2.8 juta sedangkan harga pasaran rumah tersebut adalah RM4.7 juta, telah digugurkan kes beliau tanpa perlu diselesaikan melalui proses pembicaraan.

Tamrin berat sebelah, diamkan kesalahan DAP

Tidakkah Tamrin nampak betapa rosaknya kredibiliti Jabatan Peguam Negara apabila tuduhan ke atas Guan Eng dan Phang Li Khoon digugurkan walaupun 25 daripada 60 orang saksi pendakwaan telahpun dipanggil.

Tidakkah Tamrin berasa pelik di atas kebodohan pemimpin korup DAP ini yang turut berhadapan dengan tuduhan rasuah melibatkan Projek Terowong Dasar Laut? Tidak bolehkah Guan Eng berlakon dan membiarkan diri beliau dibebaskan melalui proses pembicaraan yang lebih dilihat terhormat daripada penarikan balik tuduhan oleh Jabatan Peguam Negara yang penghuni Hospital Bahagiapun boleh faham dengan jelas penyalahgunaan kuasa yang Tommy Thomas lalukan untuk menyelamatkan bekas anak guamnya itu?

Bukankah DAP sudah berjaya meletakkan Tan Sri Richard Malanjum sebagai Ketua Hakim Negara bagi membolehkan kes beliau untuk didengar oleh hakim yang boleh membuat keputusan berdasarkan selera mereka? Takkan selepas menguasai Jabatan Peguam Negara dan Institusi Kehakiman, Guan Eng masih tidak yakin akan menang kes tersebut?

Saya menyokong penuh kenyataan Tamrin yang menuntut agar pasukan polis dari Ketua sehingga ke pangkat ‘private‘ melaksanakan undang-undang dengan tulus dan berhemah tinggi tanpa mengira pangkat dan kedudukan.

Bapa Penyamun simpan salah laku ahli politik

Namun, apa yang pihak polis boleh buat jika kertas siasatan yang diserahkan oleh mereka berhubung salah laku pemimpin Pakatan langsung tiada satupun menerima lampu hijau oleh Bapa Penyamun yang mempunyai hobi menyimpan fail salah laku politikus untuk digunakan sebagai bahan ugutan sekiranya politikus terbabit mula menunjukkan tanda-tanda hendak melawan kepimpinannya.

Pertahan Institusi DiRaja

Pemantau Malaysia Baru ingin menegaskan bahawa, selagi Institusi DiRaja tidak menyeru rakyat Malaysia untuk melakukan kemungkaran atau menghalang rakyat dari melaksanakan perintah Allah, selagi itulah kami akan mempertahankan Institusi DiRaja dalam negara ini dari sebarang ancaman.

Jangan benarkan Raja Berpelembagaan diganti Republik

Rakyat Malaysia harus bangkit sekiranya Sistem Raja Berperlembagaan yang dilaksanakan di negara ini mahu digantikan dengan sistem Republik bagi mengangkat Mahathir sebagai Maharaja baru menggantikan Raja-Raja Melayu.

Seruan buat TMJ teruskan perjuangan

Buat Duli Yang Amat Mulia Tengku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tengku Mahkota Johor, teruskanlah perjuangan Tuanku menyuarakan hal-hal demi kepentingan rakyat dan teruskanlah teguran-teguran yang membina tidak kira sama ada ianya ke atas kepimpinan kerajaan atau pembangkang, mahupun penjawat awam.

TMJ usah gentar demi kebenaran

Usahlah bimbang jika teguran Tuanku ditempelak oleh rakyat atau tentera cyber pihak tertentu yang gemar menyerang ruang komen media sosial Tuanku. Apa yang penting bukanlah berapa ramai yang bersetuju atau tidak dengan teguran Tuanku, tetapi yang penting ialah apa yang Tuanku katakan adalah ikhlas dari sanubari Tuanku dan berlandaskan kebenaran.

Biar apa yang kita katakan ditolak oleh majoriti rakyat asalkan ianya diredhai Allah SWT.

Dato’ Lokman Noor bin Adam

Presiden

Pemantau Malaysia Baru

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts