PUAD: UCAPAN NAJIB DI PARLIMEN TIDAK RELEVAN

114
SHARES
367
VIEWS

UCAPAN NAJIB DI PARLIMEN TIDAK RELEVAN

Oleh Mohd Puad Zarkashi

25 Oktober 2018

Lim Kit Siang dakwa Najib sudah tidak relevan sebab itu Parlimen hampir kosong bila dia berucap. Dia juga berterima kasih pada Najib kerana tolong viralkan gambar tempat duduk Parlimen yang kosong supaya rakyat Malaysia dan dunia tahu dia sudah tidak laku.

Menurutnya lagi Tuhan sudah menentukan bahawa tempoh Najib membuat penjelasan mengenai 1MDB dan money laundering sudah lama tamat (expired). Parlimen bukan tempat membuat penjelasan tetapi sepatutnya di Mahkamah.

Sebenarnya Ahli Parlimen PH termasuk Kit Siang dan Guan Eng pengecut. Mereka panas telinga kalau dengar penjelasan Najib bukan sahaja mengenai 1MDB tetapi isu-isu ekonomi yang lain. Sebab itu mereka cabut awal. Mereka tahu Najib mampu menjawab dengan tenang dan berfakta. Najib tidak seperti PH semasa jadi Pembangkang yang berbahas dengan penuh fitnah, emosi dan tidak beradab.

Mengenai tempoh menjawab yang ‘overdue’, Kit Siang sebenarnya lupa. Hingga ke hari ini SPRM belum lagi mendakwa Najib atas isu 1MDB. Maka bagaimana Kit Siang kata tempoh menjawab sudah tamat? SPRM sendiri kata siasatan baru selesai 60% walaupun pada tahun 2015 Peguam Negara ketika itu mengatakan mereka sudah cukup bukti untuk mendakwa Najib.

Masalahnya Kit Siang dan pemimpin PH yang tidak bertanggungjawab berterusan memfitnah Najib atas isu 1MDB. Maka kenapa bila Najib mahu buat penjelasan di Parlimen, mereka keluar dan menganggap Najib sudah terlambat untuk buat penjelasan.

Dewan yang kosong sebenarnya lebih merugikan imej Pakatan Harapan. Dan dalam masa sama ia menguntungkan Najib kerana ucapan beliau boleh diviralkan secara meluas.

Memang patut Kit Siang, rakyat Malaysia dan dunia berterima kasih kepada Najib kerana memviralkan gambar dalam Parlimen yang kosong. Ia mendedahkan ahli Parlimen PH pemalas, penakut, tidak bertanggungjawab dan cakap besar.

Facebook
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts