ANUAR SHAARI: ANWAR VS MAHATHIR, APAKAH ANWAR SEMAKIN AGRESIF?

476
SHARES
2.8k
VIEWS

ANWAR VS MAHATHIR: APAKAH DS ANWAR SEMAKIN AGRESIF?

Oleh Anuar Shaari

27 Oktober 2018

1. Tok Pa (YB Datuk Mustafa Mohamad) telah mengumumkan kemasukan beliau ke pasukan Tun Mahathir. Kurang mengejutkan kerana ia sememangnya dijangka. Kesetiaan Tok Pa kepada Tun Daim tiada tolok bandingnya. Datuk Kadir Jasin pula memulakan perang psikologi bahawa ada 40 ahli MP UMNO akan menyertai PPBM dalam masa terdekat. Secara rasminya, pasukan Tun Mahathir telah menggerakkan buah caturnya selangkah ke hadapan.

2. Tidak sampai 24 jam pula, YB DS Ahmad Zahid mengumumkan DS Nazri Aziz sebagai setiausaha BN yang baru merangkap ‘duta’ BN. Umum sedia maklum hubungan akrab ‘chief‘ Nazri Aziz dengan para Ahli Parlimen semasa beliau menjadi menteri JPM yang bertanggungjawab tentang Parlimen. DS Nazri diberi tugas mempromosi BN kepada komponen sekarang dan mendapatkan blok baru dari parti lain.

3. DS Nazri adalah orangnya yang secara terbuka menyatakan sokongan kepada DS Anwar. Walaupun menerima kritikan yang cukup hebat, DS Nazri teguh dengan pendiriannya. DS Nazri berpotensi mengepung MP UMNO dan menarik sokongan Ahli Parlimen Pakatan Harapan. Saya fikir inilah tugas DS Nazri berdasarkan kebolehan beliau selama ini.

4. Persoalannya, adakah pengumuman DS Zahid ini (umum DS Nazri sebagai Setiausaha Agung BN) adalah langkah taktikal DS Anwar membalas tindakan Tun Mahathir? Adakah DS Anwar juga telah menggerakkan buah caturnya selangkah ke hadapan membalas langkah Tun Mahathir?

Drama semakin menarik. Sama-samalah kita nanti episod seterusnya…

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts