KERAJAAN PH TIDAK PRIHATIN SEKOLAH DAIF DI PEDALAMAN

368
SHARES
2.2k
VIEWS

KERAJAAN PH TIDAK PRIHATIN SEKOLAH DAIF DI PEDALAMAN

Mohd Puad Zarkashi
2 November 2018

Dalam Bajet 2019 Kerajaan PH mengurangkan peruntukan untuk sektor Pendidikan sebanyak RM1.4 bilion, iaitu daripada RM61.6 Biilion dalam Bajet 2018 kepada RM60.2 Bilion dalam Bajet 2019.

Ini amat mendukacitakan. Sepatutnya meningkat apatah lagi dalam usaha menyamaratakan padang permainan atau “level playing field” khususnya antara bandar dan pedalaman serta antara Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak.

Paling terjejas ialah peruntukan untuk menaik taraf dan membina baru sekolah-sekolah daif di kawasan pedalaman. Dalam Bajet 2018 sebanyak RM2.5 bilion disediakan iaitu RM500 juta untuk sekolah daif di Semenanjung dan masing-masing RM1 bilion untuk sekolah daif di Sabah dan Sarawak. Malangnya dalam Bajet 2019 hanya RM 100 juta sahaja disediakan untuk sekolah daif. Ini amat teruk.

Kalau pun mahu dibandingkan dengan Bajet 2017, sebanyak RM570 juta diperuntukkan untuk sekolah daif iaitu 60 buah di Semenanjung, 30 di Sabah dan 30 di Sarawak. Justeru bagaimana kesaksamaan boleh tercapai seperti yang digembar-gemburkan oleh Kerajaan PH?

Mungkin Lim Guan Eng tidak tahu tentang kewujudan sekolah daif di pedalaman kerana terlalu sibuk memperjuangkan sekolah SJKC sahaja. Begitu juga Dr. Maszlee dia perlu sekali sekala turun melawat ke sekolah pedalaman terutamanya sekolah kategori P3 (paling jauh dan daif).

Saya sedang menyiapkan buku “Kembara Sekolah Pedalaman” termasuk pengalaman berjalan kaki 8 jam untuk sampai ke SK Saliliran di Nabawan Sabah. Akan saya hadiahkan satu salinan kepada Lim Guan Eng dan Dr. Maszlee.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts