IBRAHIM ALI: KESTABILAN POLITIK NEGARA

190
SHARES
498
VIEWS

KENYATAAN MEDIA

KESTABILAN POLITIK NEGARA

Oleh Dato Paduka Dr. Ibrahim Ali

Tun M telah membuat penegasan bahawa beliau tetap akan menyerah jawatan cukup 2 tahun kepada Anwar setelah BERSATU SETIAWANGSA MELULUSKAN USUL MENGESA TUN M terus menjadi PM cukup sepenggal 5 tahun.

Penegasan Tun M amat terpuji dan tidak apa yg lebih mulia pada setiap individu apabila menunaikan janji yang telah dipersetujui dan diketahui umum.

Susulan dari penegasan Tun M ini maka wajarlah semua berhenti membuat spekulasi dan berbagai cerita kononnya Tun M tidak melepaskan jawatan PM pada Anwar cukup 2 tahun malah ada juga yang nakal mengatakan Tun M akan buat apa sahaja secara halus dan tidak nampak ia tindakan Tun M tetapi tetap Tun M akan menghalang Anwar dari menjadi PM ke-8.

Cerita ini terus dipertuturkan dari desa ke bandar, dari warong ke coffee house, dari surau ke mesjid, malah di stesyen LRT, bas atau teksi.

Di mana-mana sahaja dan ramai mengatakan Anwar tidak akan jadi PM.

Tetapi saya secara peribadi mempunyai firasat meyakini bahawa Tun M akan mengotakan janjinya kepada Anwar.

Jika peristiwa 1998 berulang, ia membawa kesan yang buruk kepada kestabilan politik negara dan rakyat akan terus berpecah terutama di kalangan penyokong tegar.

Semua pihak mesti memainkan peranan dan memastikan pisang tidak akan berbuah dua kali.

Gajah sama gajah berlaga, semut semua terpijak. Kemudian rakyat dipersalahkan.

Bercakaplah para pemimpin, rakyat makin berpecah-belah, apatah lagi orang Melayu tapi sedar atau tidak, yang memecah-belahkan rakyat adalah pemimpin yang selalu berkata kita jangan berpecah-belah tapi diri sendiri yang sentiasa tidak puas hati dan cukup dengan apa yang ada.

Ia pelik tapi benar.

Saya pernah terlibat dan menyaksikan pertembungan merebut kuasa yang akhir ahli parti atau rakyat menjadi mangsa. Tukang kipas, tukang cucuk dan ‘batu ronson’ semua bersorak kerana mereka dapat cari makan kerana masing-masing ada peranan pada boss.

Utamakan kehidupan rakyat yang diberi janji dengan penuh harapan.

Tun M yang sudah lanjut usia perlu masa untuk berehat dan lebih beribadat.

Saya kira tambahan 6 bulan lagi dari 2 tahun yang dijanji tidak perlu. Anwar juga sudah melebihi 70 tahun dan memerlukan masa bila jadi PM untuk membuktikan kepimpinannya yang berkesan.

Lagipun “Misi Tun M pada asalnya nak jatuhkan Najib sebagai PM sudahpun tercapai”.

Saya penuh yakin Tun M akan menepati janjinya demi harga diri Tun M sendiri sebagai seorang pemimpin buat sebagaimana cakap.

Sama-sama kita tunggu dan lihat.

Yang benar,

Dato Paduka Dr Ibrahim Ali

Presiden Perkasa

4 November 2018

5.30 petang

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts