PUAD: NAK TANYA TOMMY THOMAS, ADA BERANI NAK DAKWA DAIM?

384
SHARES
2.3k
VIEWS

NAK TANYA TOMMY THOMAS, ADA BERANI NAK DAKWA DAIM?

Oleh Mohd Puad Zarkashi

7 November 2018

Tan Sri Musa Aman dikenakan sebanyak 35 pertuduhan yang dikaitkan dengan cerita 10-14 tahun lalu.

32 tahun lalu, Tommy Thomas pernah mengecam Tun Daim kerana menguasai UMBC ketika masih menjadi Menteri Kewangan. Bahkan beliau juga mendesak supaya ditubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja bagi menyiasat kes tersebut.

Ini terdapat dalam tulisan yang bertajuk “Law, Politics and Business : A Conflict of Interest”, tahun 1986.

Beliau mendedahkan bagaimana pembelian itu tidak mengikut “Rule of Law” seperti Seksyen 23B Akta Bank. Juga dipersoalkan kelulusan pinjaman Daim sebanyak RM164 juta dari Oversea Chinese Banking Corporation Bank (OCBC) untuk membeli saham UMBC.

Menjadi tanda tanya, kenapa Petronas dan Pernas tidak membeli saham UMBC yang diperuntukkan kepada mereka sehingga menyebabkan Daim menjadi pemilik majoriti saham UMBC.

Walaupun sudah lama, tetapi kini beliau adalah Peguam Negara. Beliau ada kuasa untuk mendakwa Daim. Ini adalah masa terbaik untuk beliau membuktikan bahawa dia adalah Peguam Negara terbaik dalam sejarah Malaysia Baru.

Beliau akan dilihat sebagai Peguam Negara yang berkecuali setelah imejnya tercemar kerana menggugurkan kes rasuah Lim Guan Eng dan melantik Sitpa Nevaratnam yang pernah bekerja dengannya sebagai Peguam 1MDB dalam kes kapal layar Equanimity.

Tommy juga akan dikenali sebagai “Pemberani” jika mendakwa Daim kerana Daim adalah Pengerusi CEP iaitu orang kepercayaan Tun M yang melantik beliau sebagai Peguam Negara.

Jika beliau pengecut, benarlah, semua tuduhan bertimbun kepada Najib (38), Zahid (45), Musa Aman (35) dan Rosmah (17) adalah pertuduhan politik. Apatah lagi banyak kes yang melibatkan penyokong PH telah digugurkan.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts