RAIS UMUM LEBIH RAMAI PEMIMPIN POLITIK VETERAN UMNO AKAN SERTAI BERSATU

830
SHARES
2.2k
VIEWS

RAIS YATIM UMUM LEBIH RAMAI PEMIMPIN POLITIK VETERAN UMNO AKAN SERTAI BERSATU

Rais kata lebih ramai pemimpin veteran UMNO dari Negeri Johor, Kelantan dan Kedah serta parti politik lain akan masuk parti Bersatu secara berperingkat.

Tujuan Rais dan pemimpin veteran ini masuk Bersatu adalah untuk membantu Dr. Mahathir meningkatkan nilai perjuangan Bersatu, bukan untuk mengejar sebarang jawatan.

BUDAK KECIL BOLEHLAH DITIPU

Dulu pada tahun 1987, Rais bersama Ku Li lawan Dr. Mahathir.

RAIS BAKAR JAMBATAN DENGAN DR. MAHATHIR.

Kemudian beliau minta masuk semula dalam Kabinet selepas Dr. Mahathir lepaskan jawatan Perdana Menteri pada tahun 2003.

Pak Lah kutip Rais Yatim dan masukkan semula ke dalam Kabinet selepas PRU-11, pada tahun 2004.

Zaman Dr. Mahathir, beliau pecat dan buang Rais dari Kabinet pada tahun 1987 selepas pertembungan Team A (Dr. M) dgn Team B (Ku Li).

Bila Najib Razak ambil alih dari Pak Lah sebagai PM pada tahun 2009, Rais kekal sebagai Menteri Kabinet, dilantik oleh Najib sebagai Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.

PRU 2013, Rais digugurkan dari Kabinet Najib setelah sekian lama jadi Menteri.

Selepas digugurkan, Rais minta pula jadi Presiden Universiti Islam Antarabangsa (UIA). Tidak cukup dengan itu, beliau minta Najib melantiknya sebagai Penasihat kepada Kerajaan Mengenai Warisan dan Kebudayaan yang bertaraf Menteri.

Amboi kata tak nak jawatan?

Kini beliau masuk Bersatu, minta dilantik pula Pengerusi PPBM Negeri Sembilan yang setaraf dengan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan.

POLITIK RAIS YANG AMAT LICIK

UMNO tidak memerlukan ahli politik seperti Rais Yatim yang amat licik. Dulu meninggalkan UMNO, mahu jadi Timbalan Presiden Parti Semangat 46.

Kini bersama Bersatu dengan Dr. Mahathir dan Daim.

Berangan-angan untuk dilantik sebagai Speaker Dewan Rakyat tetapi cita-cita tidak kesampaian apabila ditentang oleh pemimpin-pemimpin kanan DAP.

Seseorang yang tidak akan memberi sebarang kesan kepada UMNO, apabila beliau mengambil keputusan untuk masuk Bersatu.

Kata-kata Rais yang memaklumkan bahawa lebih ramai pemimpin veteran UMNO akan masuk Bersatu, lebih kepada menunjukkan keadaan terdesak Bersatu memujuk lebih banyak ahli-ahli politik veteran bergabung dengan mereka kerana ketandusan pemimpin dan ahli di akar umbi.

Sesungguhnya Rais Yatim adalah seorang yang sentiasa mengejar jawatan dan pangkat.

Berkata-kata lain di mulut tetapi bermaksud lain di hati.

Seorang POLITICAL OPPORTUNIST, yang seharusnya disingkir oleh UMNO sejak sekian lama.

Salam.

DSBA

12 November 2018

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts