PM KENA JAWAB DI PARLIMEN

485
SHARES
1.6k
VIEWS

PM KENA JAWAB DI PARLIMEN

Oleh Mohd Puad Zarkashi

20 November 2028

Kalau serius mahu isu ICERD reda, biar Perdana Menteri yang menjawab dan menjelaskannya di Parlimen. Waytha memang gagal. Jawapan beliau di Parlimen mengelirukan rakyat. Lagipun ada perbezaan pendirian antara PM dengan Menteri.

Di sidang APEC, Tun M kata ICERD mustahil dilaksanakan kerana ia melibatkan pindaan Perlembagaan. Ia memerlukan majoriti 2/3. Tetapi Waytha kata tidak perlu. Ia tidak melibatkan Perkara 153 dalam Perlembagaan Persekutuan.

PM cakap lain, Waytha lain, Anwar lain, Ketua Pemuda AMK lain dan Menteri Agamapun cakap lain. Adakah PM sengaja membiarkan isu ini dipolimikkan sebagai escapism? Hanya akan terjawab kalau PM yang cakap di Parlimen dan beri kata dua kepada Waytha supaya hentikan “Roadshow konsultasi” yang mahu dilaksanakan.

Rakyat juga tertanya tanya apa muslihat PM lantik Waytha sebagai Menteri jaga perpaduan? Mustahil PM tidak tahu tuduhan palsu Waytha di Belanda itu.

Di Parlimen Waytha menjelaskan, kenyataan di Belanda itu ditujukan kepada Kerajaan BN dulu. Bukankah daripada 61 tahun pemerintahan BN itu, Tun M menjadi PM selama 22 tahun dan tiga tahun sebagai TPM.

Waytha kena lebih spesifik, berapa banyak kuil yang dirobohkan dan berapa ramai orang India yang dipaksa memeluk Islam selama 22 tahun Tun M menjadi Perdana Menteri. Ada ke tak ada? Apa tindakan Waytha, sejak Pakatan memerintah Selangor dari 2008, hampir 22 buah kuil Hindu telah dirobohkan.

Apakah itu diskriminasi kaum?

Kalau PM tidak buat arahan “Full stop” kepada ratifikasi ICERD, dibimbangi ramalan ahli nujum wanita daripada Thailand kononnya akan berlaku rusuhan besar di Kuala Lumpur bulan Disember nanti akan menjadi kenyataan?

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts