RULE OF LAW TAIK KUCING DR. MAHATHIR

385
SHARES
1.2k
VIEWS

RULE OF LAW TAIK KUCING DR. MAHATHIR

Dr. Mahathir Mohamad semalam telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Pencegahan Rasuah di Putrajaya.

Ketika ditanya oleh wartawan, Dr. Mahathir menjelaskan kenapa semua kes-kes rasuah pada masa ini melibatkan pemimpin-pemimpin UMNO sahaja.

Dr. Mahathir berkata, kita ada beribu kes rasuah melibatkan pemimpin UMNO semasa zaman pemerintahan Najib Razak.

Dr. Mahathir kata kita fokus kes-kes besar dahulu.

NAJIB RAZAK DISIASAT KES KAPAL SELAM SCORPENE

Semalam (Rabu), Najib Razak disiasat 4 jam oleh SPRM mengenai pembelian:

2 kapal selam jenis Class Scorpene dan 1 kapal selam jenis Class Agosta bernilai RM4.7 billion ringgit.

Kes ini melibatkan Najib Razak ketika dia sebagai Menteri Pertahanan pada tahun 2002.

Ketika itu, pada tahun 2002, Dr. Mahathir masih lagi Perdana Menteri.

Kes ini berlaku 16 tahun yang lalu.

RULE OF LAW TAIK KUCING.

PENDAKWAAN KES RASUAH TERPILIH.

Kes Kapal Selam Scorpene dibuka semula oleh SPRM selepas 16 tahun yang lalu.

Bila wartawan tanya kepada Perdana Menteri, Dr. Mahathir kata dia tak tahu.

Sesungguhnya, Pemimpin Kerajaan Pakatan Harapan mengamalkan RULE OF LAW TAIK KUCING dan menyiasat kes rasuah yang terpilih sahaja.

Cuba lihat video clip ini. Skandal AP (Import Permit kereta) yang melibatkan Rafidah Aziz, merupakan satu tuduhan Skandal Rasuah yang amat serious yang memerlukan jawapan segera dari SPRM dan Dr. Mahathir.

Mungkin Dr. Mahathir terlupa bahawa dia yang membongkar kes ini pada tahun 2005, dengan menyatakan bahawa Proton rugi kerana persaingan sengit dengan syarikat-syarikat AP.

Dr. Mahathir pada tahun 2005 tersebut, telah menyuruh Pak Lah membuang Rafidah Aziz daripada Kabinet.

Pak Lah tidak berani buang Rafidah pada ketika itu. Pak Lah buang Rafidah pada tahun 2008, selepas Pilihanraya Umum.

Rafidah Azizi menjadi Menteri Perdagangan mulai tahun 1987 hingga 2008, selama 21 tahun.

Sesungguhnya, berlaku adillah ketika melakukan siasatan.

Bukannya dengan terus menerus menekan dan memalukan Najib Razak dengan tuduhan-tuduhan kes rasuah yang menimbun-nimbun.

Salam.

DSBA

22 November 2018

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts