PERKASA PERTUBUHAN PERTAMA GESA WUJUD RCI SIASAT 1MDB

575
SHARES
1.9k
VIEWS

Sebagai makluman, sebaik saja tercetus isu IMDB, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) adalah pertubuhan pertama menganjur diskusi meja bulat isu IMDB yang dikelola oleh Biro Ekonomi Perkasa pada 2 April 2015 bertempat di Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru.

Diskusi tersebut dihadiri oleh 25 tokoh yang diundang khas, terdiri daripada tokoh ekonomi, ahli akademik, tokoh perundangan serta tokoh-tokoh politik.

Hasil daripada diskusi tersebut, diluluskan satu usul iaitu;

USUL MENDESAK KERAJAAN MENUBUHKAN SURUHANJAYA DIRAJA (RCI) BAGI MENYIASAT ISU IMDB

Sebagai rekod, PERKASA adalah Pertubuhan pertama mendesak RCI ditubuhkan untuk siasat skandal 1MDB tersebut.

Presiden PERKASA, Datuk Paduka Dr. Ibrahim Ali atau lebih dikenali sebagai Tok Him telah menulis surat secara rasmi mengenai cadangan penubuhan RCI tersebut kepada Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak.

Pengesahan surat tersebut telah diterima oleh Jabatan Perdana Menteri (JPM) bagi mendesak kerajaan menubuhkan RCI untuk menyiasat isu 1MDB tersebut, boleh dilihat di pejabat PERKASA.

Tidak berapa lama kemudian barulah timbul cadangan oleh beberapa pihak lain seperti PAS dan DAP yang turut mendesak kerajaan menubuhkan RCI.

Sejak kerajaan Barisan Nasional (BN) memerintah dan kini negara diperintah pula oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH), namun sehingga kini RCI UNTUK SIASAT SKANDAL 1MDB MASIH BELUM DITUBUHKAN.

Perkara ini amatlah menghairankan.

Sekretariat PERKASA

23 November 2018

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts