PERBEZAAN DI ANTARA POLITIK DEMOKRASI DI AMERIKA SYARIKAT DENGAN MALAYSIA

961
SHARES
3.1k
VIEWS

PERBEZAAN DI ANTARA POLITIK DEMOKRASI DI AMERIKA SYARIKAT DENGAN MALAYSIA

George Herbert Walker Bush, President Amerika Syarikat (AS) ke-41 meninggal dunia hari ini, berumur 94 tahun.

Beliau meninggal dunia, 7 bulan selepas isterinya Barbara Bush meninggal dunia.

Perkahwinan mereka kekal selama 73 tahun.

George Bush mempunyai trek rekod yang terbaik di dalam sejarah politik Amerika dan penjawat awam.

George Bush pernah menjadi Pengarah CIA (Badan Risikan US), Duta US ke United Nation, Duta AS ke China, Anggota Tentera US, Governor, Ahli Kongres AS dan 8 tahun sebagai Naib Presiden AS (2 penggal) ketika Ronald Reegan menjadi Presiden.

Akhirnya, George Bush menjadi Presiden pada tahun 1988 apabila berjaya mengalahkan Michael Dukakis.

KEJAYAAN TERBESAR GEORGE BUSH SEBAGAI PRESIDEN AS

Kejayaan terbesar George Bush ialah berjaya MENAMATKAN COLD WAR.

Dan berjaya jatuhkan SADDAM HUSSEIN DI DALAM PEPERANGAN IRAQ.

KEJATUHAN GEORGE BUSH DI ARENA POLITIK

George Bush jatuh di arena politik apabila dia kalah kepada Bill Clinton pada tahun 1992 untuk pemilihan Jawatan Presiden AS bagi penggal yang kedua (untuk Bush).

Kekalahan George Bush adalah kerana beliau mungkir janji:

NO NEW TAXES PLEDGE.

George Bush MUNGKIR JANJI kepada rakyat US, di dalam Manifestonya dia berjanji tidak akan memperkenalkan apa-apa CUKAI YANG BARU kepada rakyat, ketika dia menjadi Presiden AS.

Rakyat menolak George Bush ketika dia cuba untuk kekal sebagai Presiden untuk penggal yang kedua.

Rakyat Amerika pada ketika itu, merasakan walaupun dengan trek rekod yang terbaik sebagai seorang Presiden tetapi Janji Manifesto adalah sesuatu yang amat penting yang seharusnya dipegang oleh George Bush.

Perbezaan yang amat ketara dengan demokrasi politik di Malaysia, di mana Perdana Menteri dan Kerajaan Pakatan yang dipilih oleh Rakyat untuk memerintah negara ini, dengan senyuman, menyatakan bahawa MANIFESTO PAKATAN bukanlah satu Kitab Suci dan tidak perlu ditunaikan oleh Kerajaan Pakatan.

Kerajaan hari ini, memberi pelbagai alasan kenapa janji-janji di dalam Manifesto tidak dapat ditunaikan seperti:

1. Kita tidak tahu keadaan kewangan dan hutang negara begitu teruk.

2. Kita tidak tahu untuk menghapuskan tol akan melibatkan perbelanjaan sebanyak RM300 billion kepada Kerajaan.

3. Kita tidak mempunyai kewangan yang kukuh untuk menghapuskan pinjaman pendidikan PTPTN.

POLITIK MALAYSIA BARU

Dengan kemenangan gabungan Parti Pakatan Harapan memerintah negara ini, laungan yang sering kedengaran sekarang ini ialah:

MALAYSIA BARU.

MALAYSIA LAMA sudah terkubur dengan trek rekodnya selama 61 tahun.

Kerajaan Malaysia baru akan menghukum bekas Perdana Menteri yang lalu di atas kesalahan-kesalahannya.

Apa yang rakyat MALAYSIA BARU ini tidak sedar ialah kerajaan ini menang pilihanraya dengan cara: BERBOHONG.

Kerajaan yang dibina adalah KERAJAAN MUNAFIK 01.

Ketika pemimpin DAP dan Hindraf sibuk mahu meratifikasikan Konvensyen United Nation ICERD, supaya segala bentuk diskriminasi di hapuskan di bumi Malaysia ini.

Kononnya, ini akan menjadikan Negara Malaysia setaraf dengan negara-negara maju di Eropah dan Amerika di dalam Hak Asasi Kemanusiaan.

Adakah rakyat dan Kerajaan Baru ini terlupa bahawa perkara yang paling penting di dalam mana-mana Kerajaan ialah:

INTEGRITI.

Yang bermaksud KEJUJURAN DAN KETELUSAN.

Adakah Kerajaan ini mempunyai ciri-ciri kejujuran dan ketelusan?

JAWAPANNYA: TIDAK ADA.

Dengan Manifesto sahaja sudah tidak ada kejujuran dan ketelusan.

Mohon kita berfikir bersama kebenaran ini.

Salam.

DSBA

1 Disember 2018

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts