CERTOT BUAT KEKANDA KAMI  MASZLEE SI MENTERI PENDIDIKAN

372
SHARES
2.2k
VIEWS

Aduhai kekanda kami Maszlee si Menteri Pendidikan.

Kecapangan telingamu tidak pernah menjadi bahan jenaka kami rakyat jelata, kerana kami tahu itu anugerah Yang Maha Esa.

Tetapi lontaran ideamu menjadi bahan jenaka kami rakyat jelata di seluruh negara, menghiburkan kami yang gundah gulana, aduhai kekanda kami, Maszlee si Menteri Pendidikan.

Walaupun lawak jenakamu akhir-akhir ini menuju klimaksnya, kelakar yang tidak terhingga, namun kami rakyat jelata yakin kekanda masih ada ribuan lawak jenaka, sedia menghiburkan kami sepanjang masa.

Tidak sabar kami menunggu untuk mendengarnya aduhai kekanda kami, Maszlee si Menteri Pendidikan.

Dalam keadaan politik negara tidak menentu, ekonomi negara semakin meruncing, ringgit, harga sawit dan getah merudum jatuh, sekurang-kurangnya kami dihiburkan dengan lawak jenakamu kekanda.

Sungguh, kami terhibur, sehingga kami lupa sebentar akan masalah negara, lupa sebentar kami akan isu ICERD yang melanda, lupa sebentar kami akan isu Perlembagaan dihina.

Walaupun lawak jenakamu ini kekanda tidak menyebabkan rusuhan di luar sana, namun hati-hati kami ini merusuh ketawa mengilai mendengarnya.

Hati-hati kami ini membara tertawa apabila mendengar lawak jenaka kekanda, seumpama kereta marak menyala dibakar perusuh sedang menggila, aduhai kekanda kami Maszlee si Menteri Pendidikan.

Lebam, remuk, patah riuk organ-organ kami apabila ketawa mendengar lawak jenaka antarabangsamu kekanda, seperti keadaan hero bomba kita yang kini di IJN bertarung nyawa.

Setelah dunia mentertawakan kita di sebalik rakyat jelata ketawa melihat BN ditumbangkan, kini kekanda menghiburkan kami setiap masa dengan lawak jenaka bertaraf dunia kekanda.

Walaupun niat kekanda baik untuk menghiburkan rakyat jelata namun Atok Ketua tidak mamahaminya, aduhai kekanda kami Maszlee si Menteri Pendidikan.

Ayuh kekanda kita satu negara raikan lawak jenaka kekanda sebelum dipecat Atok Ketua, kekanda janganlah berputus asa berlawak jenaka sentiasa, kerana orang tua itu memang tidak tahu menilai dan menghargai apa itu lawak jenaka.

Ayuh, rakyat jelata kita raikan lawak jenaka kekanda kita Maszlee si Menteri Pendidikan, sebelum Atok Ketua yang beliau cinta dan puja sebagai Yoda yang tidak ketawa ini memecatnya.

 

(Ikhlas dari kami rakyat jelata yang menggemari lawak jenaka antarabangsa)

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts