AHLI-AHLI UMNO PERLU BERTERUS TERANG KEPADA PRESIDEN UMNO

393
SHARES
2.3k
VIEWS

Tarikh 8 Disember 2018 semakin hampir. Penyatuan Orang-orang Melayu Islam dilihat sebagai satu ketentuan Allah SWT akibat kekalahan Barisan Nasional UMNO baru-baru ini.

7 bulan pemerintahan Kerajaan Pakatan merupakan satu pengajaran kepada kita semua. Manipulasi dan helah demi helah dibuat oleh mereka (PH) bagi menghalalkan agenda perjuangan mereka. Manipulasi yang direka-reka bertujuan agar rakyat terus dikaburi mata dan telinga mereka.

Kepada yang sudah sedar, kekesalan yang amat sangat tidak dapat dibendung. Pilihanraya Umum masih jauh, paling cepat 4 tahun lagi. Paling lambat 4 tahun 5 bulan.

Ahli-ahli UMNO bermula dari 8 Disember ini perlu berterus terang kepada Presiden mengenai perkara-perkara yang berlaku di akar umbi dan negeri.

Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak perlu didendangkan dengan lagu-lagu yang merdu, sehinggakan beliau lena tidur.

Zahid tidak perlu dikelilingi penasihat-penasihat yang mendendangkan lagu-lagu kegemaran beliau, sehinggakan beliau lena tidur dibuai mimpi.

Zahid perlu mendengar kritikan terhadap kepimpinannya untuk terus menerus memperbaiki UMNO ke arah satu perjuangan yang boleh mencipta kejayaan di masa hadapan.

Zahid perlu melupakan jasa UMNO dan BN. Tidak perlu lagi diungkap di hadapan rakyat. Semuanya kini sudah terpahat di dalam lipatan sejarah.

Ahmad Zahid perlu membuka langkah dan lembaran yang baru.

Zahid Hamidi perlu memberikan SATU HARAPAN BARU kepada ahli-ahli UMNO, orang-orang Melayu Islam dan rakyat di negara ini.

Mulai 8 Disember ini, Zahid perlu memulakan ‘Langkah Pendekar’nya. Bukan lagi merenung kepada kisah-kisah lampau.

Strategi-strategi yang terkini perlu disusun untuk memastikan UMNO kembali memerintah.

Strategi jangka panjang dan strategi jangka pendek perlu disusun dengan segera.

Post Mortem juga perlu dilakukan. Analisa kenapa UMNO kalah di kawasan-kawasan yang sepatutnya UMNO menang juga perlu dilakukan segera.

Adakah kerana pilihan calon?

Adakah kerana strategi silap?

Adakah kerana pepecahan di dalam UMNO Bahagian?

Adakah kerana sabotaj?

UMNO perlu mengkaji semua aspek kenapa kawasan-kawasan Parlimen dan DUN yang kita boleh menang ini, sebaliknya kita kalah.

Di PRU-14, 5 orang Menteri kalah kerusi Parlimen, iaitu:

1. Jamil Khir – di Kedah

2. Shabery Cheek – di Terengganu

3. Johari Ghani – di Wilayah Persekutuan

4. Rahman Dahlan – di Sabah

5. Salleh Keruak – di Sabah

Manakala, 9 Timbalan Menteri kalah pada PRU-14, iaitu;

1. Johari Baharum – di Kedah

2. Othman Aziz – di Kedah

3. Dr. Asyraf – di Kelantan

4. Dr. Hilmi – di Pulau Pinang

5. Hamim – di Johor

6. Razali Ibrahim – di Johor

7. Aziz Kaprawi – di Johor

8. Nur Jazlan – di Johor

9. Rosnah Rashid – di Sabah

2 Menteri Besar yang bertanding kerusi Parlimen turut kalah iaitu:

1. Zambry Kadir – di Perak

2. Khaled Nordin – di Johor

Yang lebih parah, bagaimana seorang Timbalan Menteri Dalam Negeri, Nur Jazlan boleh kalah dengan majoriti 28,924 undi.

Dengan keseluruhan jentera parti dan di sesetengah tempat dibantu dengan jentera negeri dan Persekutuan, bagaimana Menteri-Menteri dan Timbalan Menteri ini boleh tewas di kawasan mereka?

Bagaimana pula mereka yang tewas ini, dilantik semula ke jawatan-jawatan yang strategik di negeri-negeri?

PANDANGAN UNTUK PRESIDEN:

Pandangan yang objektif kepada Presiden perlu dilakukan sekiranya kita sayang kepada parti UMNO dan kepada Presiden.

Presiden road show ke negeri Perak, telah menyatakan bahawa untuk PRU ke-15, beliau akan serah bulat-bulat kepada kebijaksanaan UMNO Bahagian dan Cawangan-Cawangan untuk memilih calon-calon dari UMNO yang akan bertanding di Pilihanraya Umum.

Ini dilihat satu strategi yang akan memakan diri kerana tidak semua Bahagian dan Cawangan mempunyai CONDITION (keadaan) yang sama atau serupa.

Ada UMNO Bahagian yang dikawal sepenuhnya oleh Ketua UMNO Bahagian dengan sedemikian rupa sehinggakan rakyat merasa MENYAMPAH dengan kepimpinan UMNO berkenaan.

Rakyat di tempat tersebut sayang kepada UMNO tetapi tidak suka kepada kepimpinan UMNO berkenaan.

Ada juga di Bahagian sudah terdapat 2 pasukan.

1 pasukan Ketua Bahagian.

1 pasukan Timbalan Ketua Bahagian.

Perpecahan dalaman sebegini, akan menyebabkan UMNO akan kalah kerusi Parlimen dan DUN di tempat berkenaan.

Zahid perlu melihat situasi ini. Di setiap kawasan Parlimen dan DUN, keadaannya berbeza-beza.

Untuk menang, Zahid Hamidi perlu melihat dan membuat analisa di setiap kawasan ini secara objektif, tenang dan menyediakan strategi yang khusus untuk kawasan berkenaan.

Ada kawasan yang perlu menjadi kawasan tumpuan.

Ada kawasan yang perlu dirampas semula.

Ada kawasan perlukan calon-calon yang baru, agar UMNO kekal menang di kawasan tersebut.

Ada Ketua-Ketua UMNO Bahagian yang amat disayangi oleh rakyat kerana keprihatinan mereka terhadap kesusahan dan keluh kesah rakyat. Pemimpin yang sedemikian perlu dikekalkan, agar UMNO terus mengukir kejayaan di kawasan berkenaan.

STRATEGI YANG PERLU DIFIKIRKAN BERSAMA

Strategi yang perlu dilakukan termasuklah, PERUBAHAN YANG DILAKUKAN DARI BAWAH (akar umbi) ke atas (kepimpinan tertinggi).

Dalam Bahasa Inggeris:

SHOULD BE FROM THE BOTTOM UP AND NOT FROM THE TOP TO BOTTOM.

PENJENAMAAN SEMULA bukan sahaja perlu dilakukan untuk Barisan Nasional tetapi juga untuk UMNO.

PERUBAHAN/THE CHANGE

1. Perubahan perlu dilakukan kepada parti UMNO termasuklah dari segi sikap perlu merendah diri. Perlu inclusive.

2. Perlu PEMBINAAN SEMULA UMNO. REMAKING OF UMNO. UMNO perlu dibina semula, dengan pendekatan yang berbeza dari dahulu.

3. OBOR PERJUANGAN YANG BARU perlu dinyalakan oleh Presiden UMNO. Kita perlu mencari titik tolak persamaan untuk kembali bersama di dalam perjuangan ini.

Perhimpunan Anti ICERD, merupakan satu langkah permulaan.

4. UMNO perlu mencari semula hati dan jantung rakyat Malaysia. Mencari apakah yang terbaik untuk rakyat Malaysia? What is best for Malaysian citizen?

5. Tiada satupun langkah-langkah ini di luar jangka UMNO kalau bangsa Melayu Islam bersatu. THERE IS NO FRONTIER BEYOND OUR REACH. IF WE ARE UNITED.

6. UMNO memerlukan rakyat kembali mempercayai UMNO.

7. Dari segi strategi, sekiranya digabungkan undi BN dan PAS pada PRU ke-14 yang lalu, PAS DAN BN AKAN MEMERINTAH NEGERI:

1. Kelantan
2. Terengganu
3. Pahang
4. Perlis
5. Kedah
6. Perak
7. Melaka

Manakala, BN & PAS akan seri dengan PH 18/18 kerusi di Negeri Sembilan.

KESIMPULANNYA

Kenapa UMNO masih memikirkan kewujudan MCA di dalam gabungan Barisan Nasional?

Keangkuhan MCA selama ini, CUKUPLAH SUDAH.

MCA tidak menguntungkan UMNO dan BN. BANGSA CINA sudah tolak MCA secara total.

MCA hanya ada 1 kerusi Parlimen. Itu pun dengan bantuan orang-orang Melayu.

Fikirkanlah, Barisan Nasional perlu mengorak langkah yang baru. Gabungan dengan NGO-NGO bangsa Cina yang mempunyai fahaman politik yang sama dengan UMNO adalah lebih baik daripada MCA.

Salam.

SAIFUL BAHAR ARSHAD

6 Disember 2018

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts