KOMEN SERENA MUKHRIZ MENGENAI PERHIMPUNAN ANTI ICERD MENGECEWAKAN

474
SHARES
2.8k
VIEWS

Serena Mukhriz, bapanya seorang Menteri Besar Kedah.

Datuknya Perdana Menteri Malaysia yang ke-4 dan ke-7.

Kekayaan dan kehidupan mewahnya di Kuala Lumpur berkemungkinan besar kerana bapanya Mukhriz seorang ahli perniagaan yang hebat dan berjaya sebelum menceburi bidang politik.

Walau bagaimanapun, komen Serena Mukhriz di Instagram beliau dengan menyatakan bahawa Perhimpunan Anti ICERD merupakan satu himpunan yang menjijikkan adalah satu komen yang tidak sepatutnya keluar daripada anak seorang Menteri Besar yang dihormati.

Komen Serena, kononnya Himpunan Anti ICERD semalam akan menggagalkan Wawasan 2020 juga merupakan satu tuduhan yang keterlaluan.

Perhimpunan Anti ICERD yang teratur dan aman semalam merupakan satu Perhimpunan Aman umat Islam yang terbaik.

Walaupun jumlah yang hadir lebih daripada 500,000 orang, tetapi penganjurannya yang teratur mendapat pujian daripada pihak Polis DiRaja Malaysia.

Serena walaupun datang dari keluarga kaya dan ternama, tidak perlulah menghina orang-orang Islam yang hadir di Perhimpunan Anti ICERD semalam.

Perbezaan pendapat boleh diutarakan oleh Serena Mukhriz tetapi janganlah sampai menggunakan ayat yang menghina bangsa sendiri.

Salam.

DSBA

9 Disember 2018

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts