TERKORBANNYA SEORANG PRESIDEN UMNO

368
SHARES
2.2k
VIEWS

Pada malam 18 Disember 2018, Dato Seri Zahid Hamidi mengejutkan ahli-ahli UMNO seluruh negara dengan mengumumkan dia mengundurkan diri untuk sementara waktu sebagai Presiden UMNO Malaysia dan menyerahkan tugas-tugas Presiden kepada Dato Seri Mohamad Hasan (Timbalan Presiden).

Zahid menyatakan bahawa beliau perlu mengambil langkah-langkah untuk menyelamatkan parti UMNO yang semakin tenat ditekan.

Zahid juga berharap polemik mengenai kepimpinannya ditamatkan dan tiada lagi tindakan keluar parti oleh Ahli-Ahli Parlimen dan ADUN UMNO.

Sebelum ini, heboh beberapa pemimpin dan bekas pemimpin UMNO termasuklah Hamzah Zainuddin menyatakan bahawa lebih ramai Ahli Parlimen dan ADUN UMNO akan melompat parti sekiranya Zahid tidak mengundurkan diri sebagai Presiden parti.

Manakala, Khairi Jamaludin (KJ) pula mencadangkan agar parti UMNO mengadakan pemilihan Kepimpinan Parti semula.

Saya tidaklah mempunyai Ijazah pendidikan seperti KJ iaitu Ijazah dalam Philosophy, Politics and Economics dari Oxford University dan Master’s Degree in Legal & Political Theory dari University College London (UCL).

Tidakkah ahli-ahli UMNO sedar bahawa KJ adalah untuk KJ (KJ for KJ), bukan untuk perjuangan UMNO.

Cadangan untuk mengadakan pemilihan semula adalah untuk kepentingan peribadi.

Cadangan ini sebenarnya menguji kecerdikkan dan kematangan politik ahli-ahli UMNO.

Sedarkah kita semua bahawa pada pemilihan UMNO yang baru lalu iaitu pada bulan Jun 2018, ahli-ahli UMNO telah memilih seorang Presiden, seorang Timbalan Presiden dan 3 Naib-Naib Presiden.

Tujuan pemilihan ini ialah sekiranya sesuatu berlaku kepada Presiden, adalah tanggungjawab Timbalan Presiden menggalas tugas-tugas Presiden.

Manakala, sekiranya sesuatu berlaku kepada Timbalan Presiden, maka salah seorang Naib Presiden akan menjalankan tugas-tugas Presiden.

Sudah kalah pada pemilihan tahun 2018, tunggulah pula pemilihan tahun 2021.

Hamzah Zainuddin juga mencadangkan pemilihan semula.

Agak menghairankan seorang bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO seperti Hamzah yang telah lompat parti dan meninggalkan UMNO masih mahu memberi nasihat kepada UMNO.

Teringat saya kepada kata-kata Tan Sri Shahrir Samad, kalau mahu keluar dari UMNO, keluarlah. Tidak payah beri nasihat bagaimana UMNO harus ditadbirkan lagi.

Tidak perlu ugut UMNO dengan menyatakan bahawa lebih ramai lagi Ahli-Ahli Parlimen dan ADUN UMNO akan lompat sekiranya Zahid masih lagi Presiden UMNO.

Mereka-mereka ini, keluarlah secara terhormat dan berjuanglah di dalam parti baru yang mereka pilih.

HALA TUJU UMNO

Setakat hari ini, 19 Disember 2018, seramai 17 Ahli Parlimen dan ADUN UMNO telah melompat parti. Ahli Parlimen UMNO setakat hari ini tinggal 37 orang daripada 54 orang selepas PRU-14.

Sekarang di bawah kepimpinan Mohamad Hasan, ahli-ahli UMNO di akar umbi mahu melihat pemimpin-pemimpin UMNO di atas, bersatu padu dan hentikan melompat parti.

Ahli-ahli UMNO mahu melihat tiada lagi alasan yang diberikan oleh pemimpin UMNO untuk melompat parti.

Kalau dahulu di zaman Zahid Hamidi, mereka memberi alasan bahawa ZAHID TIDAK ADA HALA TUJU YANG JELAS, untuk parti UMNO.

CUBAAN JATUHKAN PRESIDEN UMNO BERJAYA.

Sebenarnya kisah Ahli-Ahli Parlimen dan ADUN UMNO melompat parti ini mempunyai pelbagai kisah tersendiri.

Sebagai contoh, Ahli Parlimen UMNO Bukit Gantang, Perak, melompat menjadi Ahli Parlimen Bebas kerana diberitakan mempunyai pelbagai kepentingan perniagaan di Kementerian Pertahanan Mat Sabu.

Tok Pa pula melompat kerana dia adalah anak didik Tun Daim. Apabila SPRM diberitakan soal siasat Tok Pa mengenai dana politik untuk UMNO Kelantan yang kononnya datang dari dana 1MDB, Tok Pa terus menyeberang untuk menyelamatkan dirinya.

Manakala, Datuk Ikmal, Ahli Parlimen Tanah Merah, Kelantan pula, adalah merupakan anak didik Tok Pa. Bila Tok Pa lompat, Ikmal juga terpaksa ikut lompat.

Tambahan pula, Ikmal perlu menyelamatkan perniagaan kereta-kereta import beliau yang bernilai jutaan ringgit, di mana perniagaan ini memerlukan A.P permit dari MITI.

Di Sabah pula, kisah lompat Ahli-Ahli Parlimen dan ADUN UMNO mempunyai kisah yang tersendiri, dipercayai disebabkan terpengaruh dengan rayuan daripada Bekas Ketua Menteri Sabah yang terdahulu.

Ini berkemungkinan mahu mendapatkan pelepasan daripada tuduhan-tuduhan kes rasuah yang telah berlaku lebih daripada 15 tahun yang lalu.

Kebanyakan kisah-kisah lompat parti ini adalah kerana untuk menyelamatkan kepentingan perniagaan mereka atau untuk menyelamatkan diri mereka sendiri setelah ditekan dan dipicit oleh pihak-pihak tertentu.

Sesungguhnya walau apapun berlaku di atas (pucuk pimpinan UMNO), ahli-ahli UMNO di akar umbi tetap kukuh mempertahankan perjuangan parti orang-orang Melayu ini daripada terus menerus ditekan dan diasak oleh parti pemerintah.

Salam Hormat,

DSBA

Kuala Lumpur

19 Disember 2018

https://youtu.be/aGWv0aMgnKk

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts