MASALAH BERPUNCA DARI TUN M (问题出在敦马)

125
SHARES
402
VIEWS

Oleh Lin Rui Yuan (林瑞源)

Terjemahan Oleh Hisemudin Kasim

22 Disember 2018

Pada hari semalam, Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir sebaik saja selesai mempengerusikan Mesyuarat Kabinet terus meluangkan masa selama 90 minit menaiki cruise mengelilingi Tasik Putrajaya sambil menikmati keindahan Putrajaya. Dengan berita ini memberikan anggapan kepada semua orang bahawa menteri-menteri dah berasa lega.

Mengapa jiwa dah berasa lega, adakah semuanya telah berada dalam landasan yang betul atau hanya merasakan syok sendiri?

Mengikut kajian stategik dari Invoke baru-baru ini bagi mendapatkan pandangan rakyat mendapati bahawa tahap kepuasan terhadap Perdana Menteri dalam jangka masa setengah tahun ini saja sudah menjunam dari 72% kepada 53%.

Bagi orang-orang Melayu telah merosot dari 66% ke 45%.

Di kalangan orang-orang Cina jatuh kepada 65% daripada 87%.

Manakala di kalangan orang-orang India pula, tahap kepuasan jatuh ke 64% daripada 84%.

Sokongan dari orang-orang Cina jatuh menjunam sebanyak 22%, ada setengah menteri besar yang tidak dinyatakan namapun masih mendapat sokongan lebih tinggi daripada Tun M.

Dengan ini menunjukkan suatu masalah yang besar telah berlaku.

Maka dengan itu, sekarang ini bukanlah masanya untuk berasa lega. Sepatutnya melipat-gandakan usaha pentadbiraan negara dan menyelesaikan masalah rakyat.

Di awal bulan pertama dan kedua apabila Pakatan Harapan memerintah dahulu, memang didapati ada kekuatan untuk melakukan pembaharuan dan membetulkan keadaan yang kronik.

Bagaimanapun, pada 16hb Julai yang lalu setelah Tun M mengisytiharkan yang manifesto pilihanraya hanyalah satu panduan, bukan sebagai kitab, dan kemudiannya Pakatan Harapan dari masa ke semasa menggunakan pelbagai alasan, tak henti membuat U-Turn, jauh menyimpang dari arah pembaharuan.

Malah fokus diberikan kepada permainan politik tetapi tidak kepada menyelesaikan masalah rakyat.

Kemudian dikuti dengan ‘amanat berharga’ yang tidak kunjung putus. Ini termasuklah membina kembali jambatan bengkok, projek kereta nasional ke-3 adalah keperluan rakyat, demokrasi membenarkan ‘lompat katak’, UMNO juga ada orang yang baik, menolak untuk menerima lompat katak dan lain-lain adalah sama dengan menolak sokongan rakyat. Terus-menerus menghalalkan segala tindakan yang membelakangkan inspirasi rakyat.

Lain-lain parti komponen juga meniru dengan permainan politik yang kotor. Dari isu bantuan kewangan University College Tunku Abdul Rahman (TARUC) sehinggalah kepada bantuan kewangan KOJADI, tidak tahu sehingga bila ianya akan berakhir.

Merosotnya sokongan rakyat terhadap kerajaan baru ini disebabkan oleh faktor utamanya ialah tidak berpuashati dengan Pakatan Harapan yang tidak mentadbir negara secara profesional.

Begitu juga ramai ahli-ahli perniagaan yang merungut, setelah berlaku perubahan kerajaan menyebabkan pasaran semakin sunyi. Ekonomi semakin suram, ia bukan sahaja telah menghancurkan semangat ‘tukar kerajaan’ malah telah mengubah pandangan rakyat kepada sebuah kerajaan baru.

Pengasas Invoke, Rafizi bercakap dengan betul. Orang-orang Melayu yang menyokong Pakatan Harapan bukanlah disebabkan Pakatan Harapan itu ‘lebih Melayu’ daripada UMNO dan PAS.

Tetapi disebabkan mereka percaya yang Pakatan Harapan akan memberikan penghidupan yang lebih baik kepada mereka.

Jika kerajaan baru tidak berupaya untuk memberika kelesesaan kehidupan kepada rakyat, para pengundi di PRU yang akan datang sudah pasti tidak akan menyokong Pakatan Harapan.

Pakatan Harapan tidak melaksanakan pelbagai janji-janji pilihanraya kepada pelbagai kaum telah menggoncang kepercayaan rakyat. Ini termasuklah janji melunaskan semua hutang-hutang yang tidak sepatutnya dikenakan kepada peneroka Felda. Tidak menunaikan janji untuk mengiktiraf UEC. Tidak juga menunaikan 25 janji yang ditaburkan kepada masyarakat India.

Menggunakan alasan masalah kewangan untuk melambatkan pelaksanaan janji manifesto pilihanraya masih lagi boleh dimaafkan. Namun, kini didapati kerajaan baru terang-terang telah menyimpang dari landasan asal, termasuklah tidak menandatangani ICERD, menolak untuk melaksanakan pilihanraya tempatan, tidak memansuhkan Akta Majlis Keselamatan Negara (2016) dan lain-lain akta yang lapuk.

Pakatan Harapan tidak menghormati inspirasi dan kehendak rakyat.

Ini termasuklah berkeras mahu memansuhkan hukuman mati malah memberi amaran mana-mana ahli parlimen yang tidak menyokong haruslah meletakkan jawatan. Dengan menerima Ahli Parlimen UMNO yang melompat parti semakin membuat rakyat merasa meluat.

Selain daripada itu yang menekan hati rakyat ialah prestasi para menteri kerajaan Pakatan Harapan.

Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee memaksa pemakaian kasut hitam ke sekolah, merosakkan imej dan kepercayaan terhadap kerajaan baru. Baru-baru ini, beliau telah mengeluar kenyataan di Dewan Rakyat yang mahukan para guru yang mengajar Pengajian Islam yang berasal dari Kelantan, Terengganu, Kedah kini mengajar di Malaysia Timur terus mengajar di sana, ia terus membangkitkan kemarahan dan asakan dari DAP Sarawak.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorthy tidak berupaya menyelesaikan masalah yang membabitkan rusuhan kuil di USJ 25, Subang Jaya.

Setelah kematian anggota penyelamat bomba, Allahyarham Mohammad Adib Mohd Kassim, pihak pembangkang mahukan Tun M melucutkan jawatan menteri beliau.

Malah sayap pemuda PPBM, Armada juga membuat desakan yang sama.

Tun M melantik P. Waytha Moorthy adalah kerana mahukan undi dari orang-orang India dan sokongan dari HINDRAF. Jika melucutkan jawatan Waytha Moorthy akan menyakiti hati mayarakat India, maka sebab itulah Tun M harus menjaganya.

Namun demikian, puak-puak pelampau kanan masih tidak mahu mengundur, mereka akan terus-menerus menggoreng isu ini. Ia akan membangkit satu lagi gelombang perkauman.

Dalam keadaan perhubungan etnik yang genting, bagaimana para pemimpin Pakatan Harapan boleh berasa lega?

Adakah kerana UMNO telah hampir terkubur maka menyebabkan Tun M berasa amat gembira, tetapi masih banyak lagi perkara yang belum beliau diselesaikan. Ini termasuklah pematuhan prinsip pembaharuan Pakatan Harapan. Prestasi para menteri baru yang tidak memuaskan.

Dia juga harus mengawasi dengan rapat bagi mengelakkan sabotaj dalaman.

Mengenai cakap-cakap politik yang mengatakan DAP akan menjadi MCA 2.0, Lim Kit Siang menegaskan jika kerajaan baru melepaskan matlamat untuk membina Malaysia Baru, DAP tidak teragak-agak untuk keluar dari Pakatan Harapan. DAP berani bercakap dan berani tanggung, berani untuk membetulkan dari dalam dan barulah dapat menyelamat keadaan yang kronik sekarang.

Tahap kepuasan dah jatuh merudum sehingga membunyikan loceng penggera.

Adakah Pakatan Harapan dah nampak keadaan genting ini atau perangkap semakin mendalam?

_____________________
.
Sumber daripada Sin Chew Daily dan ditulis oleh 林瑞源 (Lin Rui Yuan), Ketua Pengarang Eksekutif Sin Chew Daily yang telah menulis dalam kolum Isu Semasa yang bertajuk “Masalah berpunca dari Tun M” (问题出在敦马)

Ikutilah terjemahan saya dari artikel ini. Artikel asal bahasa bahasa Mandarin boleh dilawati di http://www.sinchew.com.my/node/1824083Husemudin Kasim

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts