TITAH TUANKU NAZRIN: APA DITUNGGU LAGI?

809
SHARES
3.5k
VIEWS
  • Ketika masyarakat resah dengan kes kematian anggota Bomba, Adib yang dibunuh oleh perusuh ekstremis Hindu yang gagal ditangani dengan baik oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH), Pemangku Yang diPertuan Agong, Sultan Nazrin Shah memberi keyakinan baharu.
  • Titah Sultan Perak itu sangat tegas dan jelas bahawa kematian Adib mesti dibela demi keadilan dan kedaulatan undang-undang.
  • “Demi memastikan undang-undang didaulatkan dan keadilan tidak tercicir, segala usaha hendaklah dilaksanakan, untuk mencari tangan-tangan yang bergelumang dosa, melakukan jenayah yang sungguh kejam, hingga mengakibatkan Muhammad Adib menemui ajal, dan kaum keluarga Muhammad Adib dilanda duka nestapa.” titah Baginda pada satu majlis di Pulau Pinang.
  • Tuanku Nazrin turut sebak ketika menyentuh isu tersebut yang mencerminkan keprihatinan dan ketajaman rasa sebagai seorang Raja berjiwa rakyat.
  • Ketika titah itu disampaikan rakyat terutama orang Melayu marah, resah dan kecewa kerana suspek pembunuhan Adib masih belum didakwa. Apakah kerana mangsanya orang Melayu dan pelakunya ekstremis Hindu maka Peguam Negara, Polis dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengambil mudah kesabaran kaum Melayu?
  • Itulah persoalan yang berlegar apatah lagi tercetus khabar angin empat suspek pembunuhan itu sudah melarikan diri ke luar negara setelah dibebaskan dengan mudah oleh polis atas nasihat pejabat Peguam Negara. Semalam, Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa inkues bagi mengenalpasti kematian Adib akan dijalankan.
  • Namun langkah tersebut mencetuskan keraguan ramai kerana ia dilihat sebagai cubaan untuk cover up dan memberi banyak ruang untuk ekstremis pembunuh dibebaskan atas pelbagai hujah teknikal yang boleh dijangkakan. Prosiding inkues itu dilihat sebagai sengaja mahu melengah-lengahkan proses mencari keadilan, yang juga bermakna menafikan keadilan itu sendiri.
  • Sedangkan hakikatnya suspek-suspek berkenaan masih dibiarkan bebas tanpa sebarang pendakwaan atas tuduhan cubaan membunuh Adib. Persatuan Peguam Muslim turut menolak saranan inkues tersebut- satu tamparan kepada Muhyiddin dan kerajaan.
  • Persoalannya dengan titah Tuanku Nazrin, apakah kerajaan dan Peguam Negara masih mahu bermain sandiwara dalam isu tersebut? Titah seorang Raja adalah untuk dipatuhi dan dilaksanakan, bukan sekadar pernyataan biasa.
  • Rakyat mahu tahu mengapa suspek-suspek masih belum didakwa. Berapa lama lagi mahu ditunggu? Begitu juga, mengapa dua pemimpin politik ekstemis Hindu iaitu Waythamoorthy dan Ganabatirau tidak didakwa atas kenyataan yang menghasut ke arah rusuhan kaum.
  • Waythamoorthy selaku Menteri Perpaduan dan pemimpin Hindraf sepatutnya ada maruah untuk berundur segera. Apatah lagi dengan gelombang bantahan ramai terhadap beliau dan ekoran titah Tuanku Nazrin, yang sepatutnya boleh difahami mesejnya.
  • Dalam isu ini, polis kelihatan lebih pro aktif dalam mengambil tindakan ke atas Presiden JMM, Datuk Azwandin Hamzah (kerana ucapannya yang terdedah kepada tafsiran) sedangkan suspek pembunuhan terlepas begitu sahaja. Isunya punca -punca utama kepada kematian Adib atau perkara pokok tidak ditangani segera.
  • Makin memburukkan keadaan ADUN Selangor, Ganabatirau yang mengeluarkan kenyataan menghasut dan memfitnah orang-orang Melayu menyerang kuil (antara faktor punca rusuhan), masih berpura-pura seperti tiada apa berlaku. Ingatlah anda mesti bertanggungjawab sama.
  • Pada saat-saat rakyat terhakis kepercayaan terhadap kerajaan PH pimpinan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad kerana gagal bertindak dalam membela Adib, Tuanku Nazrin membuktikan ketegasannya dalam isu tersebut.
  • Rakyat mahu melihat apa yang akan berlaku selepas ini. Apa lagi yang mahu ditunggu oleh kerajaan? Apakah kerajaan mahu mendewakan perusuh-perusuh yang melanggar undang-undang atau membiarkan Adib tidak terbela sewajarnya?
  • Lagipun kegagalan untuk bertindak tegas akan dikhuatiri membuka ruang kepada pihak-pihak tertentu terutama militan seperti saki baki IS di Malaysia mengambil penyelesaian dengan tangan mereka sendiri.
  • Janganlah membiarkan pihak lain menangguk di air keruh dalam situasi perpaduan yang rapuh dan mudah mencetuskan pergaduhan kaum. Tun Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri perlu berani bertindak termasuk menangani sentimen bahawa kaum minoriti lebih digeruni oleh pihak berkuasa dan kerajaan. Namun percayalah toleransi Melayu ada batasnya.
  • Kini tersebar cerita dalam kalangan kaum tertentu bahawa para perusuh itu adalah wira sebenar biarpun meragut nyawa anggota Bomba yang tidak berdosa. Selain itu, ramai orang awam melalui kawasan berhampiran kuil itu yang diserang tetapi cuba disembunyikan. Sekiranya di Singapura, insiden seumpama itu pasti tidak berlaku dan jika berlaku ia akan diatasi dengan cukup berkesan.
  • Ini kerana kita semua tahu kerajaan dan pihak berkuasa Singapura akan bertindak paling tegas iaitu mendahulukan kepentingan negara dan keselamatan serta keharmonian masyarakat majmuk. Republik itu tidak gentar ditekan oleh mana-mana pihak tetapi malangnya kerajaan Malaysia menjadi seperti tikus ketakutan.
  • Kini rakyat akan menghitung hari untuk melihat perkembangan dua pemimpin ekstremis dan suspek-suspek pembunuhan – bebaskah mereka tanpa sebarang tindakan? Dari situ boleh kita rumuskan penyelesaian apa yang terbaik digunakan untuk membela Adib. Undang-undang sebenar atau undang-undang gelap yang pasti buruk padahnya, yang kita semua berharap ia tidak terjadi.

Oleh Ziza Kahsi

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts