GUAN ENG DAN MENTERI PAKATAN RINDU ZAMAN NAJIB

152
SHARES
489
VIEWS

Kisah minyak RON95

Khalid Samad cuba menjadi juara.

Tetapi lagi kelihatan membodohkan dirinya sendiri.

Beliau tidak perasan kot kerajaan Pakatan Harapan tidak berusahapun turunkan harga minyak.

Malah berminggu menipu rakyat lagi ada la.

Konon harga barang akan turun ye Khalid Samad? Kita tuntut tidak lama lagi.

Netizenpun bengang dengan sikap bengap beliau.

Lepas tu tidak habis-habis mahu kaitkan dengan kerajaan lama?

Berlagak macam Tuhan, boleh tahu niat ada ke tiada.

Inilah kualiti Menteri Amanah.

Menteri yang diamanahkan jadi Menteri Agamapun tulis surat geli-geleman hendak dibaca.

Rindu juga semua pada zaman Najib?

ย 

Guan Eng terhegeh-hegeh ikut teguran Najib

Selepas di-troll oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak maka terhegeh-hegeh Lim Guan Eng mahu apungkan minyak.

Macam biasa dengar apung minyak inikan masa zaman BN dahulu?

Rindu rupanya Guan Eng pada zaman Najib.

Sebelum inipun rindu juga, dari hapus BR1M akhirnya diberi semula guna jenama baru BSH.

Data pengguna juga guna data BN punya.

Buat apa hendak malu, yang baik teruskan, yang buruk batalkan.

SST akan mansuh, GST tukar nama?

Jangan jadi macam GST, yang baik batal, yang buruk guna – SST.

Cukai SST ini terbukti lebih teruk dari GST, buktinya 170 buah negara guna GST dan tinggalkan SST.

Hanya Malaysia satu-satunya negara dalam dunia yang kembali kepada SST dan tinggalkan GST.

Maka tidak mustahil tidak lama lagi GST akan dijenamakan semula sama seperti BR1M.

Guna sistem pengiraan yang sama, cuma mungkin ditukar nama sahaja.

Jangan risau, forte utama kerajaan Pakatan Harapan ialah ‘u-turn‘-nya.

Jangan terkejut selepas ini semuanya ikut zaman Najib

ECRL juga akan diteruskan.

Kena jegil dengan China, sawit merudum jatuh.

Tiba-tiba ‘u-turn‘ย  kata apa yang Najib buat dahulu diplomasi jangka panjang.

Sebelum ini kata jual negara.

Bodoh sangat baru tahu atau kerana selama ini hanya mahu fitnah jatuhkan Najib?

Guan Eng betul-betul rindu zaman Najib

Rindu betul mereka dengan zaman Najib.

Maunya tidak?

Dahulu mereka hanya tahu troll, persoalkan, fitnah, tuduh macam-macam.

Sekarang Najib pula troll, persoalkan.

Tetapi Najib tidak fitnah, tidak tuduh macam-macam.

Najib baik hati bekalkan dengan fakta-fakta membantu Menteri Pakatan Harapan buat kerja.

Lepas tu semua Menteri Pakatan Harapan kaji dan ikut cakap Najib.

Najib ke Mahathir Perdana Menteri?

Kuat betul pengaruh Najib rupanya.

Selepas Najib tegur maka minyak RON95-pun turun 27 sen.

Dari harga asal RM2.20 kepada RM1.93.

Mahathir buat apapun tidak tahulah.

Tetapi lawaknya Guan Eng ikut cakap Najib.

Najib tegur baru hendak buat kerja?

Tetapi kemusykilannya kenapa setelah ditegur Najib, baru hendak diturunkan?

Adakah setelah ditegur Najib baru Menteri semua tersedar?

Jika tidak ada sesiapa perasan maka berterusanlah rakyat ditipu?

Punyalah teruk Menteri Pakatan Harapan sehingga terpaksa menunggu kajian daripada Najib baru nak laksana?

KPI merekapun mungkin disandarkan pada Najib.

Mahathir tengah buat apa tu?

Sibuk-sibuk jaga parti sahajakah?

Menteri Kewangan buat apa?

Sibuk-sibuk cari jalan menjarah harta Melayu lagikah?

Menteri Ekonomi buat apa?

Sibuk-sibuk cari jalan mahu menjadi Perdana Menterikah?

Soalan tambahan;

Habis tu berminggu ambil duit lebih dari rakyat tu bila hendak dipulangkan semula?

Serta bagaimana hendak pulangkan?

Kerajaan yang baik memberi bantuan kepada rakyat.

Kerajaan Pakatan Harapan pula memaksa rakyat memberi bantuan kepada kerajaan.

Kerajaan tidak tahu malu, sembang sahaja berdegar-degar

“Kalau kami menang…”

“Kalau kami menang…”

“Kalau kami menang…”

Sudah menang rupanya tidak tahu membuat kerja.

Tidak mengapa, semua Menteri tunggu Najib troll ya.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts