NAJIB SELAMBA ‘TAPAU’ CEP DAN MENTERI-MENTERI PAKATAN

125
SHARES
403
VIEWS

Keluar sahaja tandas, dapat idea baru terus ajak meeting dan umum di media sejam kemudian untuk dilaksanakan.

Terlintas sahaja idea terus ingin dibuat tanpa sebarang kajian kukuh.

Mungkin ‘idea tandas’ inilah cara kerajaan Pakatan hari ini berfungsi.

Sebab itu keluar cadangan pelik-pelik, tidak masuk akal.

Kemudian berdebar-debar membuka Facebook, tunggu Najib tegur (troll).

Dari telur ayam sampailah ke minyak.

Yang terkini, tidak jadi naik kadar sewa rumah kakitangan kerajaan selepas diumumkan kenaikan sekali ganda.

Bagus sangatlah Najib tegur kerana demi kepentingan rakyat.

Kali ini kakitangan kerajaan sendiri yang terkena dengan kerajaan.

Najib menjadi hero rakyat dan kakitangan kerajaan

Benci sangatpun segelintir kakitangan kerajaan dan rakyat kepada Najib, mereka terpaksa setuju hakikat ini.

Seolah-olah Najib masih Perdana Menteri yang menjaga kebajikan mereka, berbanding kerajaan sendiri.

Sebelum ini beliau tegur harga minyak tidak turun-turun walaupun harga pasaran dunia menunjukkan penurunan ketara.

Selang seseminggu dua ditegur, terus kerajaan turunkan minyak 27 sen seliter, setelah hampir dua bulan makan hasil atas rakyat yang terlebih bayar.

Amboi, kalau Najib tidak tegur maka mahu sampai PRU-15 kita bayar harga mahal, kan?

Kalau berterusan macam itu, confirm kerajaan Pakatan Harapan tidak menjadi kerajaan lagi selepas PRU-15.

Sebab itu Najib tegur, terus kerajaan ikut.

Najib seorang lebih efektif dari CEP

CEP sebenar nasihatkan Mahathir seorang, bukan kerajaan, sebab itu tidak efektif.

Sebabnya Mahathir ini pelupa.

Apa CEP nasihat semua dia lupa.

Sama seperti Mahathir lupa dia dahulunya UMNO, perjuangkan hak Melayu dan anti DAP.

Hari ini dia dengan DAP hancurkan UMNO dan hak Melayu.

Susah sangat, lantik sahajalah Najib tu jadi Penasihat Kerajaan kerana CEP yang ada ini hanya Majlis Penasihat Mahathir.

Ada Daim, Zeti, Hassan, Kuok dan Jomo itupun tidak mampu nasihatkan kerajaan agar jangan buat perkara bodoh selalu.

Nama sahaja Majlis Penasihat Kerajaan.

Malulah Najib seorang sahajapun dah ‘tapau’ CEP dan seluruh Menteri-Menteri Pakatan Harapan.

Sambil tersenyum-senyum melayani kucingnya.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts