PERTEMUAN SULTAN JOHOR DENGAN DR. MAHATHIR DAN PROTON SAGA

204
SHARES
659
VIEWS

Sultan Johor menghantar Dr. Mahathir ke airport dengan kereta Proton Saga lama edisi pertama berumur 34 tahun.

Netizen di sosial media memberi pelbagai komen mengenai APA TUJUAN DISEBALIK MENAIKI KERETA PROTON SAGA INI.

Yang pasti, telah viral di sosial media, cubaan Menteri Besar Johor untuk menaiki kereta tersebut dengan cuba membuka pintu belakang kereta berkenaan. Tetapi tanpa respond persetujuan daripada Sultan Johor, cubaan tersebut gagal. Aksi itu menarik minat netizen untuk memuat naikkan video berkenaan.

PERJUMPAAN EMPAT MATA DR. MAHATHIR DENGAN SULTAN JOHOR:

Perjumpaan 4 mata antara Dr. Mahathir dengan Sultan Johor tidak dihadiri oleh sesiapa yang lain.

Perjumpaan 90 minit ini, terus menjadi rahsia apabila Dr. Mahathir juga menyatakan bahawa perkara yang dibincangkan tidak perlu dibawa kepada pengetahuan umum. Hanya, dia berterus terang kepada Tuanku. Dan Tuanku juga berterus terang kepada dia. Tiada yang tersembunyi.

Pelbagai isu yang berkemungkinan dibincangkan, termasuklah:

FOREST CITY.

HIGH SPEED RAIL.

PULAU KUKUP.

ISU BUGIS.

PEMILIHAN YDP AGUNG.

HUBUNGAN MALAYSIA – SINGAPURA.

HUBUNGAN JOHOR – PUTRAJAYA.

Apapun, netizen membuat perbandingan antara kehadiran Najib Razak dahulu di Johor, sebelum PRU ke-14. TMJ membawa Najib menaiki kereta Rolls Royce beliau dan Tuanku Sultan Johor memperkenankan Najib Razak membawa sebuah kereta Range Rover Limited Edition sepanjang lawatan Najib ke Johor.

Banyak netizen media sosial mengatakan bahawa dengan menaiki kereta Proton Saga ini, Tuanku Sultan berkemungkinan memberi mesej tertentu kepada Dr. Mahathir.

Nak kata perli, mungkin tidak. Berkemungkinan membincangkan PROJEK KERETA NASIONAL KE-3 NEGARA.

Apapun, seperti kata Dr. Mahathir di sidang akhbar, LINE OF COMMUNICATION DIBUKA, antara beliau dengan Sultan Johor. Ini adalah pertemuan pertama secara formal antara Dr. Mahathir dengan Sultan Johor setelah 18 tahun, semenjak 2003.

Dr. Mahathir juga menyatakan bahawa soal kepimpinan dan pentadbiran Kerajaan Negeri Johor, tidak dibincangkan.

DSBA

11 Januari 2019

https://youtu.be/E8azRIDF_EE

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts